Life is beautiful

Bumi berputar tanpa hadnya, hayat hanya sekali...gunakan sebaiknya.

Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac yang lepas mencetuskan fenomena perubahan besar kepada dasar pemerintahan di Negeri dan juga di Negara Malaysia amnya.

5 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan pembangkang. Pengaruh politik Anwar Ibrahim dan juga masalah dalaman kaum India dan Cina yang tidak puas hati dengan parti BN mencetuskan kuasa rakyat untuk membentuk perubahan baru.

Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan BN yang menang di bawah Pak Lah tidak mendapat majoriti 2/3. Mungkinkah ini kuasa Allah bagi menunjukkan kuasa manusia bukanlah boleh dibangga dan ditentukan oleh mereka sendiri tapi atas kuasa Allah yang menentukannya disamping perubahan minda rakyat yang semakin matang menyerap maklumat politik semasa.

Dapat dilihat disini, kebanyakan negeri yang jatuh ke tangan pembangkang adalah merupakan negeri berkategori bandar besar atau negeri kaya. Maka kebanyakan rakyatnya adalah berpendidikan tinggi. Perubahan besar dapat dilihat pada rakyat yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang untuk merubah nasib mereka.

Mungkin ini semua akan menjadi pengajaran dan kerajaan BN akan dapat muhasabah diri bagi buat kerja sebetulnya yang diperuntukkan oleh rakyat untuk mewakili rakyat dan bukanlah wakil rakyat muncul cuma time dekat pilihanraya sahaja.

Jadikan budaya senang dan mendekati rakyat sebagai keutamaan. Rakyat Malaysia kini telah matang dan dapat berfikir secara waras.

Moga Malaysia akan aman dan makmur. Janganlah rosakkan Malaysia ini dikemudian hari. Moga pemimpin masa lalu dan akan datang berkhidmatlah memajukan Negara dan bukan kepentingan diri sendiri..amin moga doaku dimakbulkan.

Ini lak majlis kenduri kawin juruteknik daerah aku afdzam@ck. Gambar di ambil semasa majlis di rumah perempuan di RTP Kg Awah. Tema perpel..Hari perkahwinan mereka ni merupakan hari bersejarah Pilihanraya Umum 2008 kali ke 12. Jadi kire pengantin PRU la ni. Pengantin ni tak pasti la ngundi ke dak. Kena tanya tuan punya badan. Keesokannya majlis sebelah lelaki di buat di Pekan. Pun koi pegi juge. Kali ni ramai yang datang. Di Temerloh ni aku sorang je datang. Lelain banyak nak pegi kat Pekan. Takpe lepas mengundi gi makan free..hahaha..TQ ck..Moga berbahagia hendaknya ke akhir hayat. amin..















Ni gambar di ambil semasa majlis akad nikah juruteknik aku kat pejabat zul kabry. Acara menamatkan zaman uda dan dara dan melangkah ke alam suami dan isteri. Majlis di adakan di Jengka. Aku dan bob pi ke sana memberi sokongan moral. Datang ni sebab aku tak dapat datang kenduri dia nanti sebab ada clash ngan aktiviti lain. Moga mempelai bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan kebahagiaan hendaknya...amin

Dikuasakan oleh Blogger.