Life is beautiful

Bumi berputar tanpa hadnya, hayat hanya sekali...gunakan sebaiknya.

Kenangan di SESMA

Ahaks, entah kenapa aku terpanggil nak menggatal google kat internet saje nak mencari info pasal sesmarian. So ada la aku jumpe site ni. Bebudak batch junior aku kot buat ni sebab tak kenal pun aku user dedalam tu.

http://www.sesmarian.com

Ni pulak wiki pasal sekolah aku :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Sains_Sultan_Mahmud


Site Alumni Sesmarian (kurang maintenance) :
http://www.sesmaalumni.org.my/

Facebook Alumni SESMA :
http://www.facebook.com/group.php?gid=13581799929

Logo sekolah aku :


Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (lebih dikenali sebagai SESMA) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Sekolah ini terletak di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu iaitu di antara Sekolah Menengah Teknik Lapangan Tebang dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu.

Ia ditubuhkan pada tahun 1973 dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu bertujuan menampung keperluan pelajar yang ingin mengambil jurusan Sains sebagai bidang yang ingin diceburi pada masa depan terutama kepada pelajar luar bandar. selain itu, pembukaan sekolah ini bertujuan untuk memberi satu suasana hidup di asrama yang terkawal bagi melatih pelajar-pelajar hidup didalam satu masyarakat kecil yang berdisiplin, berdikari, bekerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Lagu Sekolah aku yang amat nostalgik :

Teguh berdiri jaya
Sekolah Sultan Mahmud
mejadi kebanggaan
putera puteri semua

SESMA lambang sejati
harum segenap negeri
sains teknologi
asas SESMA berbakti

Disiplin, Kualiti dan Dedikasi
menjadi panduan
semasa kami disini...

bangkitlah putera puteri
harumkan nama SESMA
wujud semangat waja
bela bangsa Negara

Download disini

Lepas aku download, terus tetiba automatik nyanyi lagu ni...best jugak rupenye lagi skoloh aku ni...ehehee..

Bila tingat kat skoloh aku ni pasti aku tingat masa form kena pow ufti dari senior untuk beli mercun bagi menjaga maruah SESMA. Mulanya aku tak tau apa.
Tapi sahur terakhir di SESMA sebelum esoknya balik kampung tu kami perang besar antara aspura dan aspura SEK MEN Teknik sebelah tu. Dari tengah malam sampai ke subuh berperang..
Memang takleh tido malam tu..rupenye duit ufti tu untuk beli mercun lawan geng sekolah teknik...ahaks..tapi yang kagumnya tu bila tengok sek teknik serang aspuri je sure serangan balas bertubi akan menyusul...ehehhee...kaver awek2 sesma...ehehe..

warden aspura pun takleh wat apa...dia nk tido pun tk lena...ehehehe..

moga ALUMNI SESMARIAN berjaya pupuk semangat sayang dan cintakan sesma...
Skang midek dah jadik Pengetua, Cikgu Add Math Rahimi jadi HEP...cikgu Tanpa Nama...sebab muka macam Tanpa Nama Pedang setiawan tu...

Tapi aku sedih sikit dengan website sesmarian alumni..aku rasa ramai geng sesma ni yang kreatif...tapi tk tau macamana nak sumbang..

Moga SESMA TEGUH BERDIRI JAYA...

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Kahwin Lan Snake

Pada 25 Julai 2009, aku ke Kuala Lumpur bagi meraikan majlis perkahwinan Azlan Zainuddin bersama isterinya. Aku tak kenai. Sesampainya di majlis cembiasa janji dengan set2 UNITEN sampai kui 1ptg tapi lubang hidung pun tak nampak. Biasa la tu deme-deme ni. Tapi nyatanya aku nampak isko dan isteri dah sampai. Tapi mereka duk meja lain. Aku makan ngan warga senior dan macam warga class A kat KL ni je...huhu..Dah selesai makan pi beborak dengan isko. Isteri isko mengandung skang. Alhamdulillah dijangka bulan Februari 2010 katanya. Bakal jadi ayah dah isko. Tahniah...

Dekat jam 2 ptg, aleen+anaknya, che yah dan ull sampai. Mereka sampai je aku pun memang nak balik dah sebab ada hal lain ke KL tu. So adios kat mereka datang lambat...hehehe..aku dan isko pun chiow lepas salam dan ambil gambar dengan lan. Mungkin lan sibuk kot masa tu, kurang perasan kedatangan aku ni jauh nun dari kuantan.

Moga berbahagia memberku lan snake bersama isteri tercinta.


~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
Posted by Picasa

Pada 5 Julai 2009 yang lepas, aku dan aishah bersama akak ipar pergi ke Melaka untuk hantar anak sedara balik naik kete baru viva hitam ke Melaka, keje di Hospital Jasin.

So bagi meraikannya selain kak na pun nanti ikut balik semula ke kuantan dan big brother akan datang amik kak na kat kuantan.

Kami gerak seawal pagi ke sana, sesampainya di sana dekat tengahari. So solat di masjid al-muazzin, pastu kami gerak hantar zila ke tempat kerja. Seterusnya kami keluar mencari makan dan jalan-jalan di bandar. Tapi istimewanya hari tu, bakal tunang adik ipar faty dijemput join sekali bagi sessi kenal mengenal.

So kami kesana pergi ke dataran hang tuah, tak sempat naik eye of melaka, pergi melawat kat kubu terkenal tu, jenjalan dalam hang tuah mall, kemudian jenjalan kat keliling area kubu tu sambil ambil gambar-gambar menarik.

Puas berjalan, aku gerak balik ke kuantan semula hari yang sama melalui jalan Muadzam Shah terus ke kuantan. Sesampai di kuantan tu tak silap dekat kui 1 pg gak. Alhamdulillah selamat semuanya...


~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
Posted by Picasa

Dikuasakan oleh Blogger.