Searching...
15 Mac, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Terengganu

Semasa cuti Maulidur Rasul yang lepas 15 Februari, aku berada di Terengganu. Balik kampung wife. Pagi tu kami ke area bandar saje jalan-jalan. Lepas tu nampak ada perarakan Maulidur Rasul kat bandar tu start dari pasar payang sampai ke Istana kot. So kami pun berenti jap tengok ada perbarisan dari sekolah, dari agensi kerajaan dan ada agensi swasta. Aku ada rakam video perarakan tu..jom tengok kat bawah ni..


Memang smart la sambil berbaris penuh semangat mengalunkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Ada yang alun sambil lewa dan ada yang penuh semangat sekali dengan pakai seragam berbaju kebangsaan. Cantikkk je semua. Perarakan ini merupakan amalan masyarakat Melayu Islam di Malaysia dalam menyampaikan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad Rasul Akhir Zaman yang disanjungi melalui laungan selawat dan papan tanda memuji kebesaran Nabi Muhammad.

Moga amalan baik ini akan berterusan dan terusan menarik minat muda mudi zaman sekarang ni.

~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!