Searching...
23 Jun, 2009
Selasa, Jun 23, 2009

Trip to Genting Highlands


Trip kami ke Genting Highlands ni boleh dikatakan last minute trip gak sebenarnya. Aku booking hotel kat First World melalui online dengan bayaran menerusi credit card check in pada 31 Mei 2009 dan Check out pada 1 Jun 2009. Untuk bilik yang aku sewa ada view taman permainan tu sewanya RM168 semalam. Kira sebenarnya percutian ni sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami. Syukur alhamdulillah kami dapat menempuhi pelbagai cabaran selama setahun sebagai suami isteri. Aku bersyukur kena dapat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Bagi sesiapa yang nak ke genting dan bermalam disini dinasihatkan buat booking secara online bagi percutian di musim cuti sekolah ni. Kalau tak....nanti saya ceritakan. So kami bertolak awal pagi jam 9 dari Kuantan dengan menaiki kenderaan pengembaraan kami ViVA. So sampai di genting highlands dalam jam 12 tengahari. So masa sampai tu memang ramai giler orang kat atas tu almaklumlah musim cuti sekolah ni. So sesampai di lobi First World tu aku tengok berbaris panjang orang nak check-in. Gelabah dah aku dibuatnya, masaka menunggu ni. Siap kena ambil no giliran tu nak check in. Tanya kaunter rupenye tu yang jenis walk in / group check in tu yang ramai tu. Bagi yang online booking ni seme dah setel jadi datang nak amik kunci bilik je. So kami tak perlu beratur, just terus ke kiosk check in sahaja. Masukkan IC sebagai validasi dan terus check in dan dapat kad bilik. Setel...waaa bestnye aku rasa tak perlu beratur panjang dan menyesakkan kepala...ehehheee...

Tiket main full park all day - RM 59 dewasa. Tiket aku...ehemmmm...tau2 je la.

So sementara tunggu nak check in pukul 3 ptg tu kami berjalan-jalan cari laluan nak ke taman tema dan juga survey permainan2 yang menarik kat sana. Perut ni dah berkeriuk lapo...jadi tepat jam 3 petang baru kami boleh masuk bilik. So sampai je kat bilik tu kami terus panaskan nasi putih bawak dari kuantan...ehehhee...jimat...pastu bawak bekal sekali lauk sardin dan sayur ulaman...pergh best giler makan bile keadaan lapo. Memang best la masakan isteriku...terima kasih sayang!..

Lepas syok makan tu berehat jap nikmati pemandangan ke taman permainan tu..pastu lepas solat jama' kami pun turun untuk menyerang taman permainan tu. Sesampai je kat pintu masuk baru je nak main 1 game...sekali hujan lebat daaa...aduiyaiii...terpaksa la cari tempat berteduh. Dalam sejam lepas tu baru berenti...kami terperangkan kat taman coklat so dalam tu ambil peluang posing bergambar le dulu sementara tunggu hujan berenti. Selesai hujan tu kami pergi kat game pirate train (bebudak punye train) hehehe...ada la sergah2 pirate dalam tu lebih kurang macam rumah hantu. Dah sebab tk banyak game buka lepas hujan atas sebab keselamatan. Kami juga pergi tengok pentas Arena All Star yang selalu buat anugerah ABPBH tiap2 tahun tu. Biasa je tempat tu...tapi bila dalam tv nampak grand giler..



So lepas tu kami naik kereta antik bawak keliling tasik berdua..dah puas kt luar kami pergi ke bahagian dalam pula. Naik game duk dalam sampan ala sungai italy...jenjalan dalam bangunan. Kemudian kami amik keputusan ke Snow World malam tu...so esok leh pulun main kat luar lak. So kami pun pi masuk snow world bayo RM 15.00 sorang. Suhu -3 darjah celcius...mak aih start masuk je automatik hidung terus beku...huhu...tapi bajut tebal. sarung tangan dan kasut untuk masuk dalam tu TERAMAT TAK SELESA...belecak je bekas kaki+tangan orang...ergh...paksa rela je pakai sebab kalau tak nanti tak sanggup duk dalam tu lelama sbb memang sejuk giler.. Dalam tu kami ambil gambar guna kameraman tpt tu sahaja..buat bisnes tui. So gambo je kos dalamRM60 untuk siap 1 frame bersama 3 keping gambo.

Lepas tu kami jenjalan lagi sampai la jam 11 malam penat balik bilik, solat dan tido terbungkang penat...ehehhee...mimpikan indah untuk esok pula.

Pada esoknya 1 Jun tu seawal jam 9 pg kami dah keluar mencari permainan kat luar. Memula sekali kami naik pirate Ship. Memang gayat bagi yang tak biasa...sebab ala-ala macam nak tercampak. Rupenye sesambil kami duk dalam tu ada orang dah ambil gambo..jadi belilah gambor dan keychain. Terbang lagik RM25...ehhhee...but its priceless if compare tu memory we have...

So lepas tu kami pi ke tempat main go kart. Aku je naik go kart jadi main la 4 pusingan kat situ..kameraman aishah ada menunggu...ehehehe...Lepas tu ada unsur cabar mencabar nak naik space shot...memula aku tanak naik...tapi beranikan...siap tanggal cermin mata tu takut tercabut kang...ehehehe..so perasaan tu bile slow je dia naik atas hampir sama taraf ngan hotel first world tu...aku tak sempat buat kiraan abis...zup dia turun berhenjut henjut...masa jatuh tu..jerit sekuat mana tak keluarnya suara...ehehheee....memang terasa jantung aku tercabut kejap pastu aku amik semula masukkan...ehehhee...

Lepas tu bila masa dh deat kui 12 jadi nk kena check out dulu. So kemas barang dan simpan dalam kereta. Check out amat mudah sebab guna kiosk sahaja. So lepas simpan barang dalam kereta kami sambung main game kayuhan basikal atas tasik...penat tu memang penat tapi seronok dan romantik...Then kami main pula game kecil2 dan masa tu kami ternampak ex vokalis raihan bersama keluarga datang ke taman permainan tu. dapat le snap skit dari jauh. Aku tak sempat naik buaian dan bercampur tak berani takut terlepas terlambung aku sorang ke luar nanti...ehhheee...Last game kami main dragon train..yang ni memang ala-ala roller coster dan memang thrill...aku cukup takut aku jadi penyebab senget bile konar tu,...huhuhu...tapi memang time lalu selekoh tu memang thrill gile...memang best ah.

Lepas tu kami pun pulanglah ke Kuantan dengan hati romantis bercampur penat. Aku rasa genting highlands bukan tempat sesuai bercuti untuk ulangtahun sebab kami rasa amat penat sebab nak kejar main semua game..huhu..next time plan lokasi lebih aman...kurang abis duit...ehehehe...chiow!

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!