Pada tanggal 16 Ogos 2008 yang lepas aku bersama isteri dan keluar kak mentuaku (akak ipar) pi jenjalan cari angin di Cameron Highlands sempena cuti sekolah bulan tu. Ni kira plan tak dijangka sebenarnya destinasi ke Cameron Highlands ni. Kebetulan adik abang ipar konvo di UPSI pada 19 Ogos tu jadi kire sekali harung le alang-alang dah sampai sejauh nih, jom le beramai menjelajah ke Cameron Highlands. Kronologi perjalanan :
16 ogos 2008 :
3:00 ptg
Bergerak dari kuantan bersama-sama abg ipar. Abang ipar singgah di Kuantan dahulu dan lepas jumaat baru gerak ke Tanjung Malim. Kire aku le lead the journey sebab abg ipar tak tau jalan. Aku pun ingat2 lupe gak, main redah je kot ingat semula jalan tu. Dekat setahun tkde kerja luar ke Cameron ni semenjak di sana dah ada juruteknik komputer ni.
5:00 ptg
Berhenti di Genting Sempah untuk solat dan kasik buang apa yang patut dan beli apa patut untuk isi semula. Kemudian naik genting dan ikut Batang Kali terus ke Tanjung Malim.
7.30 mlm
Sampai di Tanjung Malim, gi cari rumah dulu. Letak barang pastu terus gi kedai makan perut sudah keroncong. Badan hangit takpe tapi mau kasik isi tangki dulu.
Mok yah banje makan bawak kat kedai mana tak tau le...port kt kawasan gelap lagi melayukan mata. Makanan kat situ kire ok la gak. Nampak kedai macam glamer sebab ramai orang mkn.
Dah makan, mandi + baring + tido beralas tilam arab yang ku bawa dari kuantan.
kroooihhhhh....gegarrr....
17 Ogos 2008 :
8:00 pg
Pagi ni fati adik ipar aku amik tender banje makan...pandai, pagi bajet kecik...hehehe...
Lepas makan kami bergerak ke Cameron Highlands. Kali ni tak ikut tapah sebab kak ana riso abg man tk larat bawak kete jalan bengkang bengkok sangat. Kami ikut simpang pulai.
Jalan pun besau dan selesa...cuma jauh sikit je la.
12:00 tghr
Dalam perjalan angah (anak k ana) salah seorang penumpang kebocoran. Singgah je kt memana kasik pancur cukup. Pastu sambung perjalanan dan pi melawat ladang teh...
3:00 ptg
Sesudah melawat ladang teh yang merupakan jalan menakutkan, dahle jalan sempit...selisih kereta memang kena undur sebuah lain. Dah amik gambo cecomei pastu gi check in apartment dulu. Dapat apartment tingkat 3 daaa...aduih penat naik tangga weh + ngangkat beg memasing berat. Dah naik je susah le nak turun dah. Tapi memang sejuk giler...kebetulan situ ada musim hujan-hujan sikit, jadik lantai mamar pun sejuk wooo, air paip biasa usah kata ler. Apartment tu memang selesa giler dan berbaloi gak la ngan sewa sehari yang dibayar. Cuma tak syok sebab tingkat 3 je..huhu.
8.00 mlm
Petangnye aku keluar gi cari goreng pisang, sedap wooo makan pepanas kt cameron highlands. Mulut kuor asap. Pastu bawak pi makan kt apartment. Petang takde aktiviti, seme melepek menikmati sejuk cameron.ahaks...apedaa...Malam tu kuor g makan beramai kt bandar Tanah Rata, pastu pi Pasar malam brincang...kali ni mulut berasap nampak real punye...
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
18 Ogos, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan