Searching...
07 Mei, 2009
Khamis, Mei 07, 2009

Trip ke Sungai Lembing

Pada 25 April 2009 yang lepas, aku dan isteri bersama staf UPTM mengadakan aktiviti santai di Sungai Lembing. Acara bermula pagi dengan bergerak secara konvoi tapi aku tertinggal konvoi dan mereka tunggu aku kat simpang di Sungai Lembing. Hehehe...Bukan kes bangun lambat arrr...ni kes lain ni...

So kami pun memecut dengan vivanye ke Sg Lembing. So aktiviti pertama pagi tu kami bermandi manda di Pasir Kubor. Masing-masing bawak menu portluck sendiri bersama. Ada yang masak ayam goreng segera, ada yang bawak nugget dan isteriku buat kuih puding roti...besttt... K Jas sebagai organizer selaku promoter aktiviti ni membawa bekalan makan pagi mee goreng batang dan nasi minyak...

So sesampainya di sungai kenau tu, kami dirikan khemah untuk warga wanita menyalin pakaian. Dirikan khemah bertiangkan kereta volvo dan kereta kenari bersama tiang kayu diambil ntah kat mana ntah.

Lepas tu aktiviti memula sekali sebelum terjun apa lagi...makan la dulu sebab dah lapo sampai sana ambil masa dkt 20 minit dari Kuantan. So selesai makan dengan enaknya kami pun terjun ke sungai...takdela terus terjun sebab sejukkkk gilesss...Main cuit-cuit je dulu...dan slow slow kami merendamkan badan. Air kat sungai tu memang deras..sebab tu dinamakan sungai lembing...sungai deras. Sungai lembing pun sebenarnya dah takde. Sebab dah dikeringkan masa buat lombong bijih dulu. So sungai yang sokmo dok banjir tu sungai kenau dan bukan sungai lembing yekkk...

Kami berendam dengan bermacam gaya yang enak sekali sehingga jam 11.30 pagi. Selepas tu kami pun bersiap untuk ke muzium sg lembing nun atas bukit nan tinggi dekat-dekat old town tu je. Sepanjang perjalanan ke muzium tu kami lalu kat bandar sg lembinga yang kekal mcm struktur zaman dulu. Cuma dia ada tambahbaik landskap kasik comei je. Di tengah divider jalan tu ada 1 stesen minyak..memula aku ingat stesen lama ditinggalkan,rupenye stesen minyak tu masih berfungsi.

Kami pun mendaki bukit yang amat curam untuk melihat sejarah lombong di sg lembing ni. Kiranya ikutkan sejarah lombong bijih di sini adalah lombong terpanjang didunia jika dikira jarak laluan lombong tersebut boleh sampai ke kompleks teruntum nun. Cuma ianya takdelah manjalar lanjang stret je gitu. Cuma ianya berlingkar di dalam perut bumi dan ada beberapa tingkat ke dalam tu.

Muzium tu sebenarnya tempat persinggahan Sultan Abu Bakar semasa melawat sg lembing masa dulu. Sebab ada tinggalan bilik tidur dan tandasnya dimuzium tu.

Kemudian kami di bawa pula ke tapak lombong lama. Memula tu kami ingatkan sure panas je duk dalam tu. Tapi jangkaan kami meleset sebab dalam tu sejuk bak dalam peti sejuk. Air cond tak pasang pun. Tapi sebab ada tebuk lubang udara di atas bukit jadi ada laluan angin yang menyebabkan ianya sejuk. Kami dibawa tak jauh ke dalam tu cuma merasai duk pangkal gua lombong tu saje sebab ada budak kecik dan tk bawak torch light jadik pemandu arah tu tak berani ambil risiko.

So selesai sessi melawat kami makan mee jawa pula yakni menu glamer bila org datang ke sg lembing ni. Pelik lak aku ngape takde menu mee sg lembing ke...ehehehe.. makanan dimasak memang sedap.Pueh ati perjalanan ni. Di bandar tu juga ada satu dewan ala panggung wayang dengan tempat duduk ala bangku skolah lama tu...memang nostalgia tui...

Tepat jam 2 ptg kami bertolak balik ke rumah masing-masing dengan kepuasan santai yang enak lagi memberi pengalaman yang amat berharga. Terima kasih kepada organizer aktiviti santai ni...

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Posted by Picasa

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!