Searching...
19 Ogos, 2008
Selasa, Ogos 19, 2008

Trip to Cameron Highlands Day 2

18 Ogos 2008 :

8.00 pg
Malam tadi tido ngeletor, selimut nipih daaa...gegegege...hehehe..Bangun pagi tu ajak sayang ngan acik gi jalan kaki beli ns lemak + roti canai kt bandar tanah rata. Sambil jalan kaki tu asap kuor lagi daaa....sure angah jeles...muaaahahhaha... sampai kedai terus makan kt kedai sambil bungkus untuk mereka di rumah. Hala jalan balik nampak orkid liar warna ungu, cantik tui. nak amik tapi tinggi sangat. Acik gi amik tapi bunga tk comei, layu sikit.

10.00 pg
Gerak dan kemas beg sebab nk balik dah dan gi jenjalan kt tempat lain lak. Rugi mai cameron tido jeh walau keinginan tu gitu...huhu. Pi cactus point ngan pasar sayur kat brinchang. Tunjuk kat diaorang ni jagung kt atas sana leh makan mentah + manis. Depa rasa strawberry celup coklat ala2 kesukaan siti nurhaliza. Ada buah jambu bentuk bulat kecik macam rasa tembikai susu. Aku yang nyata tak berapa suke sebab bau macam ubat2 sikit...ehehehe...

12.00 tghr
Gi jenjalan kat Cactus Point, tengok le giant cactus kat situ...pergh...entah berapa tahun le umur dia tu. Asal tujuan nak ke cactus valley sekali terjumpa cactus point la pulak...jalan je la..



2.00 ptg pi cactus valley sebenarnye. Pergh bapoks besonye..Kat sini berlaku insiden kak ana tergelincir masa nak turun dari tempat parking. Mana idaknya cerun bukit macam air terjun je curamnye. Kete Honda City pun semput. Tapi Wira aku alhamdulillah...cayalah proton wira. Kat sini banyak di tanam pokok strawberry, pokok sayur salad, pokok bunga, pokok tomato. Geng penumpang semua turun ke bawah ke tempat tomato tapi geng pemandu kena naik semula sebab nak mendaki semula amik kereta merugikan tenaga. Jadi geng pemandu kenalah mengalah. Dapatla bergambo beramai di cactus valley.



3.00 ptg
Bertolak balik melalui Tapah. Sesambil tu singgah le kejap kat ladang teh Bharat Teh BOH. Bergambo kenangan dan posing sebaiknya. Tengok ladang teh yang memang comeilah.



Sayonara Cameron Highlands...
will c u again soon...

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!