Searching...
13 Mei, 2015
Rabu, Mei 13, 2015

Trip Santai ke Bukit Gambang Resort City (BGRC)

Alhamdulillah pada 18 April yang lepas, kami buat short trip khas bersama K Ana dan keluarga ke BGRC. Asalnya nak bawak amzar mandi kolam di Dhe Rhu Beach Resort Kuantan tapi hotel full house ada family day. Jadi kami tukar plan lah.

Kebetulan sebenarnya kak na amik acik dari Poli Muadzam Shah sebab cuti semester. Jadi singgah la kat Kuantan kejap.

Pepagi lagi dah bersiap nak ke sana ikut plannya...tapi masing-masing lembik je nak pergi..last2 kul 9pg lebih baru gerak. Amzar je semangat nak pergi...hehehe..kami pun tak pernah masuk kat Water Park BGRC..selalu ke sana sebab ada kursus atau bengkel dan tak pernah pun masuk tempat main air tu. hahaha...ni kira nak test sekalilah..

Pergi sana haremm tak pakai sun block pon...abih hitam dah masa tu..tapi dapat main air tak ingat dah..

Tapi ok la gerak lambat sebab Water Park tu bukak jam 9.30pg dan tutup jam 6.30ptg on weekend.

Harga tiket : RM30 Dewasa dan RM22 Kanak-kanak bawah 12 tahun

Tempat main yang aku main kat dalam tu :


  • Kids Slide
  • Adult Leisure Pool

  • Aquaplay
  • Glacier River / Journey Of Ice

  • Crystal Slide
  • Galaxy Slide
  • Canopy Slide (Tutup)
  • Family Raft Ride
  • 6 Lane Racer
Memandangkan target sampai tengahari ajer jadi 9 tempat je la pergi... Lokasi 4 dan 6 tempat untuk budak2 dan lelainnya orang tua boleh main.

Lokasi 4 tu ada slide untuk budak2 dan small pool. Seronok la jugak tengok budak2 main situ.

Lokasi 6 tu tunggu air takung bentuk ikan penuh dan curah ke bawah. So memasing tunggu je la kat bawah tu nak kena simbah.

Lokasi 5 tu setakat kolam mandi biasa je tapi cetek la.

Lokasi 7 tu nak main kena sewa pelampung dua lubang...then ia setakat releks ada ombak skit dan kena sembur air dan lalu air terjun...tapi time takde ombak jenuh tunggu nak pusing satu lap yang agak jauh jugak.

Lokasi 9 - 11, memang best. Tapi nak main ni syarat kena sewa pelampung dua lubang tu dengan bayaran RM10 + RM5 (Deposit) dulu baru leh main. Selain tu kena menapak ke atas naik tangga yang tinggi...penah weh...Main ni memang thrill.. Lokasi 9 tu lane cerah sepanjang turun ke bawah. Lokasi 10 tu pulak lane dia kejap cerah dan banyak gelap dan tetiba je jatuh ke bawah...memang seram gak. Lane 11 katanya terpanjang tapi tutup la pulak.

Lokasi 12 tu ada pelampung disediakan dan boleh muat 6 orang dalam tu...memang thrill juga selekohnya yang tajam ala2 nak terkeluar lane..hahaha

Lokasi  8 yang last sekali aku pergi. Asalnya nak balik dah tapi alang2 dah masuk situ, baik merasa semua tempat...jadi aku, acik, ateh dan amzar kerabak ke atas tu lagi dengan tangga paneh giler melepuh kaki weh...then dari atas tu slide beralaskan tilam dia turun mendada ke bawah dengan laju...seram gak sebab aku terlambung time turunan terakhir dan rasa macam nak terkeluar lane dah..hahaha..

Nak kata berbaloi sangat tu tak la tapi ok la jugak. Bagi aku thrill lagi kt Sunway Lagoon.


Abis main kat tengahari kami bersiap pergi makan kat Restoren Sedap Wehh...makan Patin Paih...

~ AmeeRsHaH ~ Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

1 comments:

  1. Tak boleh banding dengan Sunway Lagoon la. Apa-apa dari KL mesti lebih besar dan bagus

    BalasPadam

 
Back to top!