Searching...
29 Jun, 2008
Ahad, Jun 29, 2008

Trip to Kuala Gandah dan Taman Rusa Lanchang, Pahang, Malaysia

Hari ni entah macamana sayangku ajak gi jenjalan jauh sikit mengenal tempat menarik di Temerloh ni. hehe..aku pun mana penah pi lagi tempat pelancongan kat daerah temerloh ni macam Kuala Gandah (Gajah), Taman Rusa dan Gunung Senyum. Padehei gunung senyum tu kire dekat amat ngan umah abah aku.hehe. Yang aku tau glamernye kat Temerloh ni yang aku war-warkan pada memember aku, Bandar ikan Patin. Tapi pasal ikan patin ni nanti aku citer kemudian.
Perjalanan ni bermula pada awal pagi gak la. Siap dengan kamera semua...memang teruja la nak gi ke kuala gandah ni sebab lama dah duk dengar-dengar cuma tak kesempatan je lagi.
Perjalanan dari rumah abah di Paya Pulai ke Lanchang ni boleh kata jauh skit la kire di hujung daerah temerloh. Perjalanan diteruskan menggunakan jalan lama ke Lanchang. Dah sampai ke bandar lanchang tu ingatkan dah dekat-dekat dah, rupenye ada la kena teruskan perjalanan dekat 40km lagi..ahaks...jauh gok...sayang dah mula riso doh...hehehe..

Tapi takpe perjalanan diteruskan semata nak tengok gajoh ni. So bile sampai tu kebetulan orang tengah ramai, ada bas pelancong dari mana ntah, ada omputih ngan china. So sampai je sana terus je masuk...masuk free beb. So terus le tengok orang naik gajah beso dan kecik (untuk bebudak) pi tawaf satu padang kat situ. Aku gi la beratur ingatkan nak naik gak. Sayang dah standby dah ni nak amik gambo...hehehe..rupenye kalau nak naik kena amik pas kat kaunter dulu, ada kena tepek kertas pelawat..huhu..

Tak pasei kami kena gi ke kaunter semula, isi borang kire nak mengesahkan kalau apa-apa terjadi semasa mengikuti aktiviti tu kira atas tanggungjawab sendiri. So dah pi amik tu gi sana je, tengok orang dah takde naik dah. Gajah berenti berehat ke pulok...aiyakkk....takpe. Masa untuk amik gambo. Jam dah dekat kui 3 petang.
Tapi memang kebetulan tui la kami sampai tu sebab selepas ni acara gajoh kecik (anak gajoh) gi mandi kat sungai, so bebudak yang nak mandi sama tu leh le gi sana mandi ngan gajoh sekali. Air sungai tu memang jernih + sejuk. Sesambil tu gajoh besor pulok kuor nak gi acara menarik disini. Acara tunggang dan terjun bersama gajah ke dalam sungai. Ahaks... ramai pelancong je la yang nak merasa, tapi kire cool tui gajoh tu pandei aksi nak menjunam tu.huhu...



Tapi rasa ati tu ingat nak gak terjun...tapi tu la tak bawak baju spare...hehehe...bawak budak-budak sure syok ni. Lepas tu acara memberi makan kepada Gajoh-gajoh ni pulok. Ye la dah penat mandi dan guling-guling. Lapo le pulok.. Kali ni bagi makan yang gajoh kecik2 je la.


Kalau ditengok gajoh ni kulit dia memang tebei sunggoh...berkedut-kedut. Siap pegang-pegang tu sure gajoh tu tak rasa apa-apa kot. Hehehe... Masa tengok orang ramai beri makan kacang kat gajah tu terfikir lak...tak kene gigit ke...hehehe...bile dia makan tu ada la nampak sikit gigi dia...tapi masa bagi makan, rasa lidah dia je...
Selesai bagi makan tu kira tamatlah aktiviti di sana. Memang pengalaman yang best dan sesiapa yang berminat boleh pergi ke sana. Pasni nak pi ke Taman rusa pulok...kita sambung di artikel seterusnya...chiow!.


~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!