Life is beautiful

Bumi berputar tanpa hadnya, hayat hanya sekali...gunakan sebaiknya.

Akuarium dan Kek Batik

Masa balik ke terengganu baru ni aku tengok ada akuarium kat rumah tu...banyak gak la ikan yang di belenya..Nama ikan tu jangan tanya la sebab aku pun tak tahu..Aku memang suke tengok ikan2 dalam akuarium ni. Jadi ralit dibuatnya tengok ikan tu. Tapi aku tk tau la cemana perasaan ikan tu duk dalam akuarium tu sonok ke idak. Macam citer nemo, semua ikan dalam akuarium memang sebenarnya cari cara je nak lepaskan diri, sampaikan sanggup masuk lubang sedut air agar leh kuar dari akuarium...hehehe...tu citer nemo..realitinya aku tak tahu la...

Balik kali ni gak Aishah wat kek batik favourite adik amzar...dan semua adik beradiknya pun sebenarnya..adik ada bagitau, 

aritu chik wat kek batik, ayoh chik tolong, tapi bila de wat kek batik ayoh de tak tolong pong..

uhuks...pandainya budak2 sekarang buat perbandingan dari pandangan dia..ehhehe..Gambar kat atas tu tengah stim makan kek batik de masak..dia kata best dari chik masak...erk guane tu?....hehehhe jangan jeles ye faty..

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Sambutan Maulidur Rasul di Terengganu

Semasa cuti Maulidur Rasul yang lepas 15 Februari, aku berada di Terengganu. Balik kampung wife. Pagi tu kami ke area bandar saje jalan-jalan. Lepas tu nampak ada perarakan Maulidur Rasul kat bandar tu start dari pasar payang sampai ke Istana kot. So kami pun berenti jap tengok ada perbarisan dari sekolah, dari agensi kerajaan dan ada agensi swasta. Aku ada rakam video perarakan tu..jom tengok kat bawah ni..

video

Memang smart la sambil berbaris penuh semangat mengalunkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Ada yang alun sambil lewa dan ada yang penuh semangat sekali dengan pakai seragam berbaju kebangsaan. Cantikkk je semua. Perarakan ini merupakan amalan masyarakat Melayu Islam di Malaysia dalam menyampaikan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad Rasul Akhir Zaman yang disanjungi melalui laungan selawat dan papan tanda memuji kebesaran Nabi Muhammad.
video

Moga amalan baik ini akan berterusan dan terusan menarik minat muda mudi zaman sekarang ni.
video

~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Masa aku balik kampung di Temerloh bulan lepas aku ajak wife aku jom kita try rasa makan ikan patin masak tempoyak paling glamer kat Temerloh. Kedai ni dekat je ngan rumah aboh. Naik moto je pun boleh. Tapi biasa la bila kampung kt Temerloh ni pastu ada org kata ada restoran ikan patin masak tempoyak glamer, aku tk heran pun..hehehhe...
tak nampak gaya orang kaya suke kedai gini..
Kedai ni sempoi je bukan kedai eksklusif pun tapi yang datang kedai semua kete beso2 beso belake..Lokasi kedai ni kalau dari bandar Temerloh, ikut jalan lama ke Kuantan, selepas jambatan cari stesen minyak BP. Sebelah stesen minyak tu kedai S.Z.Rahman ni. Kedai ala2 warung biasa je. Sign board  baru dah , tukar yg comei dah. Tokei kedai ni katanya sama sekolah dengan Sultan Pahang. So Sultan Pahang kalau lalu situ mesti singgah kedai tu katanya. Tapi aku tak pernah la terserempak. Aboh selalu citer. 
geng kereta besar makan besar..bape ratus le abih agoknye..huhu

Masa aku sampai tu terus aku tuju cari ikan patin, fuhh ada lagi. Masa tu dah kui 2ptg..Ingatkan dah abih dah. So memula aku tanya harga seketul ikan patin masak tempoyak tu. Kedai ni terkenal dengan sedapnya ikan patin masak tempoyak dan terkenal juga dengan mahalnya sebab ia guna ikan patin liar katanya. Memang lain ikan patin sungai pahang liar dengan ikan patin sangkar. Kalau nak tau, warna belakang ikan patin sangkar lebih gelap berbanding ikan patin liar. Harga seketul ikan patin masak tempoyak tu tak silap RM14..So angkat seketul je la sbb nk rasa.Amik ulam-ulaman, amik sambal tempoyak dan sambal kuining. Perghhh sedap menu aku amik..cembiasa sebelum makan bacalah doa makan dulu baru santap..
sedap menu pilihan..
pedas...

Komen aku, ikan patin masak tempoyak tu memang sedap ah..betul la kedai tu glamer..sambal tempoyak dan sambal kuning pun sedap.. Cuma patin masak tempoyak dia berdesup skit pedasnya. Tapi aku balun je sbb dalam pada aku tk tahan pedas tu aku aku suke jugak makannya...melejeh peluh kat kepala aku sampai ke hujung rambut...asal meleleh je aku lap...hehehe.Tapi memang berbaloi la makan ikan patin masak tempoyak kat situ. Cuma yang mampu dan sanggup berbelanja utk makan pure patin masak tempoyak ikan patin liar leh la pegi ke situ..ada duit semua jadi..
sambal kuining.

Lain kali aku buat citer restoran pak usop kat benteng tepi sungai di Temerloh lak. Situ pun glamer...patin sangkar tapi sedap..aku pernah rasa dah...cuma tk pernah story je. nanti yek aku citerkan. Kat situ ramai dah artis makan kedai tu....antaranya siti nurhaliza...

~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Makanan Menarik di Terengganu

Gambar ni aku dah amik lama cuma tak upload dalam blog je. Bila balik trg ni aku suke pagi2 banyak orang jual nasi lemak ikan bungkus mana2 je kat sepanjang pasir panjang, jalan ke ke bandar...confirm ada..So senang la nak cari breakfast kat Terengganu ni. Kedai nasi ayam pak harun yang aku suke pegi beli pepagi kat sebelah surau Jalan Panji Alam @ Bukit Depu. Situ tengahari juai nasi ayam tapi pepagi ada juai nasi lemak ikan dan nasi minyak. Nasi lemak ikan dia memang aku suke. Sambal ada rasa dan yg penting aku suke nasi lemak makan dengan ikan aya kukus..Nasi minyak dia bukan letak ayam atau daging tapi ikan dengan kuah gulai. Sedap gak..
My Wife dan K Na sedang membeli nasi lemak ikan..

Selain tu, aku suke makan roti paun memang glamer kalau kat Terengganu ni. Aku biasa beli roti paun kat bandor, kat tanjung. Tapi kt Terengganu je panggil roti paun ni..kat tempat lain panggil roti biasa je..Kedai tu ada juai roti paun.Planta : RM2.50 seplastik, dan roti paun kacang : RM1.50 seplastik.
Roti paun kacang
Roti paun Planta

Satu lagi aku suke nasi kuning banggol. Nasi kuning ni sebab dia warna kuning (campur kunyit kot) dan di makan dengan ikan aya kukus masak gulai (campur belimbing buluh) atau gulai daging..Kedainya kat bandar Jalan Banggol dekat dengan area pasar payang..
Kedai Nasi Dagang Banggol ada jual nasi kuning sedap
Nasi Kuning

Gulai kuah nasi kuning

Selain tu aku suke nasi dagang kak pah batu burok. Rasa sekali aritu memang terliur dibuatnya..Tapi aku tak selalu makan kat sini sebab biasa sgt dh nasi dagang dengan terengganu..tapi sekali sekala pegi gak layan nasi dagang situ..
Kedai Kak Pah (Sumber dari www.mkstreet.com)
Lauk nasi dagang..aiseh takde belimbing buluh..patut ada..huhu. (Sumber dari www.mkstreet.com)


~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Selamat Hari Jadi ke 5 Adik Amzar

Hujung minggu ni kami balik ke Terengganu. So pagi-pagi tadi dalam kui 9 pg gerak balik ke Terengganu. Sesambil on the way tu ingatkan nak singgah beli kuih bakor tapi sekali katanya baru nak masak kot..huhuhu...lama dah tak merasa makan kuih bakor situ..Then lalu marang nampak kedai Lempeng, kabo ke wife nanti kita pi makan kat sana gak sekali..hehhee tak tau le bila tu..

Sampai rumah je disambut oleh ateh dan adik amzar..cembiasa baik tu nak tengok citer otomen dalam laptop ayoh de...ahaks..So kami beli hadiah la kat adik amzar..mulanya ingat nak beli kek ben 10 tapi mok yah dah beli so tak jadi la...beli kamus budak2 kat dia..siap ada majlis penyampaian hadiah lagik...cembiasa arr adik amzar malu-malu...khikhikhi...
Malu-malu tapi nak terima hadiah tu...hadiah dari ayoh de dan de..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 5.. Sekoloh molek2 jadi pandai.

Haha, musykil je tajuk artikel ni kan. Sebenarnya aku nak citer hari semalam masa nak pegi keje dah siap kunci pintu pagar tetiba ada burung macam besau je terbang hinggap kat pagar besi pintu sliding rumah aku..terkujat gak aku dibuatnya..Tapi bila amati betul-betul rupenye Burung Hantu...wahhh eksotiknya...so aku pun amik la gambar dia..
Lagak mamcho gak burung hantu tu...first time tengok live lepas liar gini..pernah tgk kat zoo je
Bertenggek kat pagar besi..tidor ke? Tapi mata terbuka..

Petang tu bila balik keje aku ingatkan burung tu dah terbang dah, wife aku terkujat tengok ada burung hantu bertenggek...ahaks..laaa rupenye dia tak terbang lagi. Kata pacik sebelah burung tu memang tak gerak sampai malam kang baru terbang..aku pun jolok2 je la pelepah ekor dia suh dia terbang ke pokok kat luar tu ke.. Sekali burung tu terbang terhantuk2 ke siling luar rumah aku tu...aih rupenye dia buta kot siang-siang ni. Dalam masa duk langgar2 tu ada la cenderahati diberinya kat kete aku 2 das tembakan...fuhhh...nak kena basuh la pulak...agaknya masa terbang tu tengah panik sampai tercirit kot...ahaks...
Cermin depan kete aku kene..
Atas Bonet depan kete aku..
So burung tu terbang ke rumah sebelah pulak bertenggek kat pagar besi sliding door..jangan le budak perempuan sebelah tu menjerit lak kang terkujat..Malam tu takde lak dengar bunyi burung hantu...Pagi esok tengok burung tu dah takde dah kat rumah sebelah. Agaknya dah terbang ke tempat lain...

~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Hari ni hari kedua wife aku demam, tapi hari ni dah makin sihat sikit dah dia. Kira 2 hari MC tahun ni. Memang jarang aishah MC, tapi tak tau la dah nak kena musim panas sangat sekarang ni kot. So petang tu aku balik keje, tengok-tengok chef aishah dah makin sihat dan duk memasak makan malam...ahaks..makan lagi malam ni..
Sotong Masak Tomyam..sedapnye
Mengiurkan...
Menu makan malam ni simple je, Nasi putih, lauk Tempe goreng sohon, sotong masak Tom Yam (nyum nyum) dan tempoyak buatan tangan aku kali ni..tempoyak beli kat Pekan Sehari Temerloh ni...baekk punye. Cara nak buat tempoyak ni masukkan Tempoyak (Elok untuk makan adalah yang masih baru dan manis2) ke dalam campuran cili padi + garam yang telah ditumbuk lesung batu bersama. Gaulkan..dan siap..
Tempe Goreng + Sohon
Tempoyak dari Temerloh

Terima kasih isteriku tersayang memang teror sunggoh memasak, dalam MC pun nak memasak gak tu.
~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Makan Malam Bersama Chef Muzzo

Malam ni aku memasak..my wife duk rehat yek tengok Top Chef yang every monday to friday kami dok layan sebab dia datang demam lak tetiba balik rumah tadi campur terbersin dari pagi. Aku masak mihun goreng je malam ni. Ntah apa la aku campak dalam tu...ada bawang kisar, cili boh, cili padi tumbuk, garam, sos cili sikit, gula sikit, mihun, cili besar hiris, lobak hiris, telur 2 biji dan sotong so jadila mihun goreng macam kat dalam gambar ni..

Mihun Goreng Sedap sedia untuk dimakan
Alhamdulillah habis semuanya...sedap isteri aku puji.
Uhuk terharu aku dengan pujian isteriku. Terus dia kebah demam lepas makan. Hangat sikit mihun goreng aku. Jadi akan galakkan minum air banyak, seterusnya akan keluarkan haba badan melalui air kencing. Dengan pujian isteriku lagi semangat nak jadi top chef lak lepas ni...ahaks!. Cuma slack masakan ni lauk sotong aku tu sikit sangat..ahaks..aku masukkan sekor sotong je dalam mihun goreng tu..wat macam zaman bujang2 dulu...jimatt....

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a userIstiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Artikel ni aku kongsikan untuk pembaca blog aku. Aku terima dari rakan sekerja aku di pejabat. Lepas baca aku tersentak dan terfikirkan realitinya bangsa Melayu kita yang begitu beruntung lahir dalam Islam namun tidak menggunakan ni'mat tersebut untuk dikongsi bersama rakan bukan beragama Islam lain..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

~ AmeeRsHaH ~ 
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Hari ni aku masih bercuti. Saja nak rehat2 dan uruskan beberapa urusan sendiri. Tengahari tadi keluar pi gunting rambut jap. Jambul dah naik tinggi dah bak kata orang jambul macam tak sedar diri je dah...hehehe..aset tu kena jaga. So pi gunting rambut kat tempat biasa kedai gunting rambut da di du dekat stesen bas henti2 Kuantan.
Rambut Lepas Raya Cina

Lepas tu pi hantar kete viva ke SPA. Hujan yang lepas mengotorkan kete tu. Pusing punya pusing cari kat megacity penuh, cari kat ambank penuh, cari kat Merdeka Station pun penuh kete berderet tunggu. erghh...ramai pulak orang hantar kete. Maklumlah dah mula panas kembali cuaca di kuantan ni. Last2 aku pi kat belakang Megamall tu ada 1 kete je tengah basuh. So terus masuk queue. Alhamdulillah siap kete viva dibasuh. Baru comei sikit..
Kete kena sembur air

Petang ni pi amik wife balik keje dan cadang nak membowling kejap kat premium lane..terjumpa lak k jasz dan sekeluarga. Lama tak jumpa diaorang. Amir pun dah besar dah nk sama dengan k jasz dah. Amir dan Yasmin training main bowling ada pemilihan MSSP katanya bulan ni. Good Luck!

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

Dikuasakan oleh Blogger.