Masa aku balik kampung di Temerloh bulan lepas aku ajak wife aku jom kita try rasa makan ikan patin masak tempoyak paling glamer kat Temerloh. Kedai ni dekat je ngan rumah aboh. Naik moto je pun boleh. Tapi biasa la bila kampung kt Temerloh ni pastu ada org kata ada restoran ikan patin masak tempoyak glamer, aku tk heran pun..hehehhe...
tak nampak gaya orang kaya suke kedai gini.. |
Kedai ni sempoi je bukan kedai eksklusif pun tapi yang datang kedai semua kete beso2 beso belake..Lokasi kedai ni kalau dari bandar Temerloh, ikut jalan lama ke Kuantan, selepas jambatan cari stesen minyak BP. Sebelah stesen minyak tu kedai S.Z.Rahman ni. Kedai ala2 warung biasa je. Sign board baru dah , tukar yg comei dah. Tokei kedai ni katanya sama sekolah dengan Sultan Pahang. So Sultan Pahang kalau lalu situ mesti singgah kedai tu katanya. Tapi aku tak pernah la terserempak. Aboh selalu citer.
geng kereta besar makan besar..bape ratus le abih agoknye..huhu |
Masa aku sampai tu terus aku tuju cari ikan patin, fuhh ada lagi. Masa tu dah kui 2ptg..Ingatkan dah abih dah. So memula aku tanya harga seketul ikan patin masak tempoyak tu. Kedai ni terkenal dengan sedapnya ikan patin masak tempoyak dan terkenal juga dengan mahalnya sebab ia guna ikan patin liar katanya. Memang lain ikan patin sungai pahang liar dengan ikan patin sangkar. Kalau nak tau, warna belakang ikan patin sangkar lebih gelap berbanding ikan patin liar. Harga seketul ikan patin masak tempoyak tu tak silap RM14..So angkat seketul je la sbb nk rasa.Amik ulam-ulaman, amik sambal tempoyak dan sambal kuining. Perghhh sedap menu aku amik..cembiasa sebelum makan bacalah doa makan dulu baru santap..
Komen aku, ikan patin masak tempoyak tu memang sedap ah..betul la kedai tu glamer..sambal tempoyak dan sambal kuning pun sedap.. Cuma patin masak tempoyak dia berdesup skit pedasnya. Tapi aku balun je sbb dalam pada aku tk tahan pedas tu aku aku suke jugak makannya...melejeh peluh kat kepala aku sampai ke hujung rambut...asal meleleh je aku lap...hehehe.Tapi memang berbaloi la makan ikan patin masak tempoyak kat situ. Cuma yang mampu dan sanggup berbelanja utk makan pure patin masak tempoyak ikan patin liar leh la pegi ke situ..ada duit semua jadi..
sambal kuining. |
Lain kali aku buat citer restoran pak usop kat benteng tepi sungai di Temerloh lak. Situ pun glamer...patin sangkar tapi sedap..aku pernah rasa dah...cuma tk pernah story je. nanti yek aku citerkan. Kat situ ramai dah artis makan kedai tu....antaranya siti nurhaliza...
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
Betul ke Siti Nurhaliza pernah jamu kat restoran ini?!
BalasPadam