Searching...
19 Mac, 2008
Rabu, Mac 19, 2008

Pilihanraya Umum 12 : Kebangkitan Rakyat

Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac yang lepas mencetuskan fenomena perubahan besar kepada dasar pemerintahan di Negeri dan juga di Negara Malaysia amnya.

5 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan pembangkang. Pengaruh politik Anwar Ibrahim dan juga masalah dalaman kaum India dan Cina yang tidak puas hati dengan parti BN mencetuskan kuasa rakyat untuk membentuk perubahan baru.

Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan BN yang menang di bawah Pak Lah tidak mendapat majoriti 2/3. Mungkinkah ini kuasa Allah bagi menunjukkan kuasa manusia bukanlah boleh dibangga dan ditentukan oleh mereka sendiri tapi atas kuasa Allah yang menentukannya disamping perubahan minda rakyat yang semakin matang menyerap maklumat politik semasa.

Dapat dilihat disini, kebanyakan negeri yang jatuh ke tangan pembangkang adalah merupakan negeri berkategori bandar besar atau negeri kaya. Maka kebanyakan rakyatnya adalah berpendidikan tinggi. Perubahan besar dapat dilihat pada rakyat yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang untuk merubah nasib mereka.

Mungkin ini semua akan menjadi pengajaran dan kerajaan BN akan dapat muhasabah diri bagi buat kerja sebetulnya yang diperuntukkan oleh rakyat untuk mewakili rakyat dan bukanlah wakil rakyat muncul cuma time dekat pilihanraya sahaja.

Jadikan budaya senang dan mendekati rakyat sebagai keutamaan. Rakyat Malaysia kini telah matang dan dapat berfikir secara waras.

Moga Malaysia akan aman dan makmur. Janganlah rosakkan Malaysia ini dikemudian hari. Moga pemimpin masa lalu dan akan datang berkhidmatlah memajukan Negara dan bukan kepentingan diri sendiri..amin moga doaku dimakbulkan.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!