
Hampir tengit ketiok pusing kat nilai 3 tu mencari karpet..akhirnya kami berkenan kat karpet turki ni. So balik tu kami tido kat umah adik ipar kat kuarters Persint 9 putrajaya. Kebetulan minggu tu minggu terakhir pertunjukan belon panas kat putrajaya...
Apa lagi sakan le kami bergambar kat veranda umah adik ipar. Tapi tak pi naik belon le, gilos nak bayo dekat seribu nak naik belon tu..huhu.. Esoknya 22 Mac 2009 tu kami nak bertolak balik ke kuantan dah petang tu. Sesambil tu kami singgah pusing-pusing kat persint 2 hajat nak tengok kejap je orang naik belon. Sekali jem daa atas jambatan depan MOF tu...aiyak...jadinya itulah gambar-gambar yang sempat kami snap sempena pertunjukan belon tu...sonok tengok orang naik belon..bebudak sure lagi sonok sebab ada memacam bentuk belon kat situ. Dari gajoh, merak, badut, limau dan sebagainya...
Penat ambil gambo dari dalam kete ada la dekat sejam lebih stuck jem kat situ nak lepas keluar dari putrajaya...kami pun beredar pulang ke kuantan. Itulah kenangan belon panas di putrajaya terpahat di depan mata. Jika sebelum ni asyik tengok dalam movie around the world in 80 days je...ni dapat la tgk dedekat. Cuma takde rezeki nak naik je...
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
0 comments:
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.