Alhamdulillah aku mulai dengan bismillah menulis blog dari apps dalam hand phone.
Hari ni aku berkursus sehari pengurusan jenazah di masjid Negeri Kuantan.
Belajar ilmu pengurusan jenazah ini hukumnya fardhu ain dimana fardhu ain adalah sesuatu ilmu yang mesti dipelajari dan difahami yang tidak boleh diwakilkan kepada sesiapapun.
Manakala hukum menguruskan jenazah itu adalah fardhu kifayah. Berdosa sekampung jika tidak dilaksanakan. Ini kerana hukumnya ke atas satu kampung dan bukan individu.
Ilmu diperolehi dalam adab ziarah orang sakit, ziarah orang sakit berat, checklist apabila seseorang itu telah mati.
Bagi insan yang yang sakitnya berat :
1. Hadapkan muka kearah kiblat
2. Ajarkan kalimah syahadah (tak semestinya penuh) kadang2 lailahaillah atau allah sahaja.
3. Bacakan surah yaasin. Bagi tak pandai janganlah baca kerana alquran melaknat kita yang baca tak betul dan berdosa. Cukup dgn bacaan alquran yang diketahui.
Larangan gaul bebas lelaki dan.perempuan dan jangan buat bunyi bising, gelak ketawa atau buat bunyi serta meratap.
Suami diboleh dan digalakkan memandikan jenazah isterinya dengan syarat bersama mahram seperti adik beradik perempuannya.
InsyaAllah petang ni praktikal pengurusan jenazah. Ada dibuat pembahagian praktikal lelaki dan wanita.
Moga ini bermanfaat.
0 comments:
Catat Ulasan