Hari ni genap umurku mencecah hampir ke puncak iaitu 29 tahun. Usia puncak awal bagiku iaitu pada takat 30 tahun. Hehe tapi takpe itu semua usia. Ianya mengingatkan kita dah makin tua dan dah makin hampir kepada kematian. Kini aku rasa bahagia bersama isteriku tersayang Aishah yang mana usia perkahwinan kami telah mencecah 4 bulan 21 hari. Terima kasih buat isteriku atas kad ucapan yang ku terima sisipan pada keyboard notebook. Tau-tau je yek abang ni nak pi situ pepagi ngemas masuk beg..hehe...sayang isteriku..
Pada zaman ni apa-apa sahaja boleh berlaku.
Kalau dulu di Malaysia kita rasa cukup aman, tapi kini ianya telah berubah. Perspektif dan pemikiran rakyat Malaysia telah berkembang selaras dengan usia kemerdekaan 51 tahun. Begitulah juga usiaku. Pelbagai dugaan serta cabaran suka duka telah mematangkanku..
Bagi aku, pada usia ini, cita dan impian aku sekarang ni adalah khusus untuk keluargaku,tunjang kekuatan hidupku yang paling penting pada masa ini adalah isteriku dan pendokong sendiku adalah abah, makcik, abang serta kakakku yang tersayang.
Pada usia ni dah dekat 30 ni aku nak mencari rumah sendiri pulak, kete dah ada, isteri dah ada. Sedang mengusha..hehehe...tunggu pula rumahku nanti.
Di saat aku menuju punjak di pada usiaku 29 tahun kini. Aku menerima hadiah istimewa daripada isteriku tersayang. Minyak wangi Tommy...huhu behnye..Terima kasih buat isteriku tersayang...
Terima kasih semua rakan handai yang turut memberi sokongan dikala senyum dan musam.
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
21 Oktober, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hepi belated besday en.muzzor....
BalasPadam