3 April tengahari aku tamat bengkel kat IKWAS. Selama aku kt IKWAS boleh katakan tempat penginapan memang tip top lah. Blok Eksekutifnya memang kelas hotel 4 bintang alatannya, cuma takde astro je la. Setiap blok ada 2 tingkat, dan terdapat 8 blok eksekutif disana. Aku tengok ada juga blok suite...mungkin untuk jusa-jusa berkursus la tu.
Selama aku kat IKWAS juga makanan boleh dikatakan sedang semuanya. Hari pertama, makan tengahari lauk daging kicap+sayur campur+udang+ayam+ulam2...
Hari kedua pula makan tengahari pula makan ikan merah masa asam pedas...perghhh...kaw2...ayam masak halia kot...dan ulam+tempe.
Manakala sebelah minum petang dan pagi ada pelbagai jenis kuih johor disediakan iaitu yang baru aku kenai, kuih abuk-abuk dan kuih ubi kayu/sukun dikepal dan makan dengan nyiur. Memang terangkat sedapnya...
Pada 2 April petang kami chartered bas IKWAS ke Ayer Hitam pergi membeli belah di pasarnya. Banyak dijual makanan kerepek-kerepak. Ada kerepek tempet, krepek ubi, kerepek pisang dan sebagainya. Ada rempeyek juga yang aku beli bawa pulang. Selain itu, yang paling glamer kat situ ialah pisang salainya.
Aku beli la pisang salai tu nk bawa pulang. Tapi kaw2 bau asap. Susah nak cari kurang bau asap...hehehe..Selain tu juga aku tengok kt situ banyak dijual teddy bear, winnie the pooh dan pelbagai patung pelukan serta bantal dengan harga yang murah. Ada orang JPA tu beli teddy bear besau org harganya RM85 lepas tawar. Kat luar tu mau RM100++...
Selain tu barang-barang seperti pasu-pasu bunga kecil dan besar juga banyak dijual disitu. Memang macam-macam pattern baru dipaparkan. Aku pun apa lagi, ada la beli utk isteri tersayang.
Selain tu aku ada juga beli barang2 perhiasan seramik kekecik tu...saje mcm comei je..sepanjang berjalan tu ada satu kedai ni juai yang mainan gerak2 sendiri guna kuasa solar tu. Aku tgk kt sini harganya memang murah. Yang saiz besau ultraman aku beli tu RM22.90 dan yang kecik2 juai kt pasar malam RM15 tu cuma RM13 dan RM11 sahaja kt sana.
Lepas tu member MOE ada promote putu bambu kt sana katanya sedap. Jadi dia pun gi la beli sebungkus RM2 6 ketui. Aku rasa memang sedap...inti gula tu banyak. Sebab aku pernah rasa kt psr2 malam tu biasanya inti kureng...gambar tk dapat aku sertakan sebab dah hadam...ehehehehe..
Perjalanan balik aku dari IKWAS bermula jam 3.30ptg yang mana aku bershopping dulu lepas keluar dr IKWAS tu...ehehhee...last minit shopping apa patut. So jalan balik aku ni sebenarnya aku tertinggal peta aku bawak nak datang sini tu kt bilik...aiyakkk...memula gelabah juga. Tapi aku main redah dan ingat2 je jalan tu. Yang penting aku cari jalan nak ke segamat dulu. Lepas tu pasti jumpe signboard ke muadzam dan kuantan.
So alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah jam 8mlm. Berenti di Yong Peng dan Muadzam solat dan sesiap diri. Penat aku malam tu tapi hilang penat aku bila jumpa isteri tersayang aku yang ku tinggalkan 3 hari 2 malam.
Jarak - 287KM
Minyak - RM38
Tol - RM2.20
Jumpa lagi nanti cerita pengembaraanku.
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
04 April, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan