Kalau ikutkan sebenarnya antara banyak-banyak INTAN kat Malaysia ni, yang INTAN Wilayah Selatan ni, INTAN Wilayah Tengah dan INTAN Sabah je yang aku belum pernah sampai dan menginap lagi.
Aku pernah INDUKSI umum di INTURA, Kursus di INTIM, Lawatan Friendly Game di INTAN Bukit Kiara dan kursus di INTAN Sarawak.
So kira nak pi ke IKWAS ni pun aku tak pernah bawak wira aku sampai ke situ.Hehehe...paling jauh pernah ke Muar pi kenduri Najib. Jadinya sebelum bermula perjalanan ni aku dah survey peta lokasi kat maps google.
Kat maps google ni memang membantu banyak perjalanan aku ke mana-mana destinasi yang aku tak tau jalan. So berdasarkan arah perjalanan yang dinyatakan pada maps google tu aku kena ikut jalan arah ke segamat tu lagi dekat.
MAPS IM15 ke IKWAS
Kalau ikutkan perjalanan dari rumah aku ke IKWAS dengan jarak 287km dan jangkaan masa 4 jam 14 minit. So aku pun printkan peta tu. Siap ada arah nak pi masuk kanan atau ke kiri. Memang power ah maps google.
Aku pun gerak dalam pukul 12.30 tghr dari pejabat dengan tangki minyak yang penuh. Aku gerak terus tanpa henti niat nak jama' ta'hir kat IKWAS. So aku lalu ikut muadzam shah, seterusnya ke arah Johor Bahru dan Segamat. Masa dekat segamat aku amik ke arah Johor Bahru. Ada satu kawasan kat Labis tu ada signboard gambor rusa/kijang...maknanya ada binatang tu melintas kot...ehehhee...macam signboard kanggaroo kt Australia tu...dasat.
So aku teruskan dan seterusnya aku masuk PLUS Highway dari tol Yong Peng kot aku terus ke exit Air Hitam. Dari situ aku amik jalan ke batu pahat dan seterusnya aku ke arah Kluang dan sampailah nampak signboard ke IKWAS yang masuk ke simpang kanan.
Aku sampai dalam jam 4.45 ptg. Kira anggaran masa 4 jam 15 minit. Kira lebih kurang la masanya. Minyak wira aku gunakan dalam RM38. Masa kat highway je hujan lebat gile..
Sampai kat sini aku daftar dan aku duk kat blok eksekutif. Perghhh...kagum aku ngan IKWAS..memang pemandangan dan landskap dia cun gile.. bangunan baru...blok eksekutif pun memang ala hotel je..
Memang aman la duk sini...So malam ni aku dah mula mesyuarat dan sampai ke jumaat tengahari baru pulang ke Kuantan. Jalan ke kuantan aku rasa ikut jalan aku dtg aritu je la..hehehe..
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
ikut mersing pun boleh, takpayah masuk highway pun
BalasPadamataupun pun ikut paloh
hehee..btui tu..cuma sebab first time jadi tanak amik risiko.cepat sampai dan mudah laluan. ikut highway pun RM2.20 je leh claim..
BalasPadam