Aku nak cerita tentang rumah yang aku beli di Kuantan. Semasa Pameran Mapex bulan April yang lepas di Mega Mall, aku dan isteri bertekad yang kami mesti buat keputusan beli rumah hari tu. Sebenarnya kami dah banyak taman, banyak projek, banyak rumah dah kami kunjungi. Dari Jalan bypass sehinggalah ke Jalan Beserah. Asal ada iklan jual rumah atau iklan rumah tepi jalan je pasti kami akan catit info dan pergi meninjau ke taman tu.
Perumahan pertama kami tinjau di Astana View Fasa 1. Masa kami pi rumah contoh kat sana tu memang tertawan giler ngan rumah tu. Tapi bila tanya harganya RM240,000.00. Tapi sekali boss dia mai bagitau harga dah tukar ke RM280,000.00. Aduiyaii kejapnye dah naik harga. Harga mahal sebab depan rumah takde rumah orang lain dah. Ngadap bukit kecik. RUmah murah sikit RM183,000.00 kat bawah pencawang elektrik. huhu...So kami kensellah al maklum tak cukup bajet maa. Ada rumah siap kat area IM14 pun kami tengok. Rumah kembar, dalam rumah siap ada air cond semua bilik dan ruang tamu. Tapi bilik tidur utamanya kecik sangat. Harganya pula RM230,000.00 No Kompromi dah. So kami batalkan hasrat tu sebab nanti nak bayar guaman lagi mau dekat RM10k.
Ada rumah di IM15 belakang kuarters tu menjadi idaman juga. Design memang cun, luas bilik pun selesa. Memang amat berbaloi la rasanya. Tapi kami kensel sebab harga juga terlalu mahal. Kemudian rumah berkembar di Inderapura pula dah lama siap tapi masih banyak kosong. Rumah memang dalamnya luas giless...memang teramat selesa dan lagi ada pintu depan (memang susah nak cari design ada pintu depan kat kuantan ni). Tapi kami kensel sebab belakang rumah hutan, sunyi dan jauh sikit dari pejabat. Lagipun masa tu kami fikir kalau beli sure leh duduk terus. Duit nak pasang grill apa2 seme takde lagik. Isteri pun baru je mula bawa keter. So kami kenselkan. Rumah di Indera Sempurna pun kami tengok juga. Rumah yang tengok tu semiD 4 bilik design rumah nini. Memang garaj luas gile leh masuk 4 kete. Saiz dalam rumah masih selesa. Tapi fasa sedia ada dah habis terpaksa tunggu fasa seterusnya dan lagipun jauh dari pejabat isteri.
Kami juga ada pi tengok rumah di beserah, rumah di jalan bypass, rumah di damansara, jalan ke sungai lembing(macinda)...semua kami tengok. Siap melawat kawasan lagi nak kasik puas hati. So dah puas servey di lapangan selain servey di internet, kami tekad pi ke MAPEX kali ni mesti cari rumah juga. So kami prepare dengan segala soalan dan ilmu di dada hasil tinjauan kami. Dalam banyak-banyak rumah tu kami berkenan dengan rumah PSJ Taman Damaria di Sg Karang Darat. Rumah tu rumah teres. Kami pada asalnya memang target rumah SemiD, tapi kalau takde dapat rumah teres pun takpe janji corner lot. So taman tu kami tengok rumah corner lot. Tengok design nampak berkenan. Tapi kami bukan mudah terus membeli. Kami ni cerewet jugak rupenya...muahahahaha...
So sebelum confirm tu kami keluar mega mall tu dulu dan pi tengok rumah yang dah siap di Taman Damar Jaya di Sg Karang. Jurujual tu kata design rumah di taman damaria tu sama dengan design rumah damar jaya. So kami pun selidik rumah yang dah siap. Tengok saiz bilik, takde la besar sangat tapi ok. Ada 3 bilik air. Ada 4 bilik. Ruang tamu luas. Ruang Dapur luas. Ada dapur basah untuk memasak. Ada bagi table top, semua bilik ada punca elektrik. Bilik utama ada punca air cond. So setelah puas meninjau, kami ke tapak pembangunan taman damaria pula. Kat situ kami tapak bangunan corner lot pilihan kami tu. Sekali corner tu sempit dan dekat dengan tebing jalan betui. So kami rasa nak tukar lokasi. Awal malam yang sama tu setelah berfikir seranumnya, kami pergi semula ke mega mall dan buat booking kat lot pilihan baru kami. Maka dari situlah bermulanya titik pembelian rumahku, impianku...
Kat bawah ni aku tunjukkan progress rumah aku tu sehingga 22 Ogos 2009 :
Rumahku tu dijangka siap tahun depan. Jika ikutkan jangkamasa projek sehingga akhir tahun 2010. So ada masa aku nak kumpul duit dulu untuk rumahku dan sempatla abis bayar kete wira aku dulu tahun 2010 juga.
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
01 September, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan