Searching...
01 September, 2009
Selasa, September 01, 2009

Tribute to Tompok

Artikel ni aku tujukan khas buat si tompok yang aku beri nama sebab dia bertompok. Kucing ni kucing betina. Melahirkan 5 orang anak sekaligus. Bapaknya aku tak tahula. Boleh katakan kucing ni antara awek terlaris di kawasan perumahan aku tu.

So kucing sebelum dia beranak kat umah aku ni dia duk ngiau-ngiau je kat luar rumah. Agakannya cari tempat nak beranak tu. Aku sedar-sedar dia beranak masa malam sebelum 12 Januari 2009 sebab malam tu riuh ngiau-ngiau kat luar rumah. Aku buat dek je. Dulu masa kecik-kecik memang aku pernah ada kucing jantan nama tompok. Montel. Aku bagi makan nasi ngan ikan je. Tapi tah macamana tetiba kucing tu hilang tak pulang-pulang ke rumah. Sedih tu sedih gak masa tu tapi takde la sampai menangis. Cuma asyik terkenang je.

So esoknya aku cembiasa nak pi keje bukak je pintu aku tengok si tompok dan anak-anak si duk berkeriot kat luar rumah aku dalam kesejukan. Aku pun punyela terkujat dan kesian lak kat kucing tu. Tapi sebab mak dia ada jadi aku biarkan je la dulu mereka duk situ. Lagipun aku dah lambat nak ke opis time tu.

So petang tu sesampai ke rumah aku tengok maknya tinggalkan anaknya pi cari makanan kot. Tinggal 5 ekor anak tu kesejukan. Aku carila kotak indahkiat dan letakkan kelima-lima anak kucing tu dalam kotak tu sebelum mak dia datang. Malam tu aku duk telek-telek je kat pintu sliding door tengok mak dia masuk tak dalam kotak tu. hehe...Akhirnya dalam 2 jam gak barula mak dia masuk dalam tu sekali ngan anak-anaknya. Legala aku malam tu mereka leh tidor dalam kotak tak sejuk sangat tido atas simen.

Keesokannya aku tengok mak dia dan anaknya ada. Jadi aku amik gambar mereka seperti di atas tu. Rupenya tu gambar terakhir aku dapat tengok si tompok dan anak-anaknya. Petang tu isteriku sampai kat rumah nampak kesan darah banyak atas simen depan rumah. Berdebor dah isteri aku. Jiran sebelah bagitau bapak kucing tu datang bunuh semua anak-anak kucing tu. Abis semuanya mati.

Ada dalam 2 ekor bergelimpangan kat depan rumah tu. Aku balik lambat sikit petang tu. Sesampai je isteriku cerita. Dalam hati kami memang amat sayu bila tahu kesudahannya begitu. Kami memang berniat nak bela kucing tu. Ajal dia lebih dulu. dekat seminggu gak kami terasa kehilangan bunyi anak-anak kucing tu. Masa aku sampai tu aku tengok kesan darah aje. Aku bersihkan kesan darah tu. Tapi mayat anak-anak kucing tu maknya dah bawa pergi mungkin dah tolong tanamkan.

Dalam seminggu tu maknya asyik terngiau-ngiau je, agaknya masih trauma kehilangan anak tu dan mungkin marah dengan bapaknya. Maknya merajuk selepas dari tu aku tak jumpe-jumpe dah si tompok di kawasan rumah aku...


~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
Posted by Picasa

1 comments:

 
Back to top!