Lama bangat aku tak mencoret dalam blog personal aku ni. Macam dah mati je lak blog aku ni. Tapi alhamdulillah aku masih hidup dan sihat.
Aku sekarang ni berada di PJ, menghadiri kursus EC Council Network Security Administration Certificate anjuran MAMPU. Kursus ni dihadiri oleh 9 orang peserta dari pelbagai agensi, ada dari UNIMAS, Maritim Sarawak, INTAN Sabah, MAMPU Sabah, Hospital Serdang, MATRADE, PTG Perlis, ISM dan aku dari Pejabat SUK Pahang. Kursus ni mengajar tentang kaedah-kaedah terbaik bagi kawalan keselamatan rangkaian. ENSA ni diwujudkan untuk menyediakan skil asas untuk menganalisa ancaman dalana dan luaran terhadap rangkaian dan membina polisi keselamatan rangkaian yang akan melindungi maklumat organisasi. Selain tu, aku juga akan diajar bagaimana cara untuk menilai dan membina rangkaian dan keselamatan internet. Disamping itu juga, aku diajar dan didedahkan tentang vulnerable pada sistem dan rangkaian serta bagaimana kaedah untuk melindunginya Bagi kaedah dan tools yang boleh digunakan untuk melindungi serta kenalpasti loop holes pada sistem dan rangkaian kita akan aku kongsikan dalam blog ICT aku. Nanti cuba check di blog ICT aku http://muzzotechspot.blogspot.com
So far lecturer yang ajar aku memang best dan banyak pengalaman. Nama dia panggil nim. Orang Kelantan tapi involve banyak sebagai freelance consultant dengan government dan swasta. Kalau nak kira certificate dia tu memang banyak la. Tapi satu best tentang dia nia dia memang open dan boleh dapat advice tentang apa yang kita nak sebab dia banyak xexperience dengan government dan security ni. So dia bukanlah jenis orang yang mengajar ikut buku sahaja tetapi turut involve di padang juga.
Aku kursus ni mula dari 16-20 November 2009. So hari akhir tu nanti aku akan duduki exam untuk dapatkan certificate tu. Soalan objektif dan multiple choice exam mengandungi 50 soalan semuanya. Exam tu dibuat secara online. Memang berdebo gok ni sebab yerla mampu dah sponsor untuk amik certificate ni so kena buat bebetul. Rasanya kos certificate ni mau makan ribu ringgit.
So doakan aku berjaya untuk dapatkan certificate ni...amin
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
0 comments:
Catat Ulasan