Kisah Peniaga Makanan
Lama sangat dah aku peram blog personal aku ni. Modal ada cuma mood ni tak rajin menulis..
Pembuka cerita ni aku nak komen pasal peniaga kedai makan kita sekarang ni.
Aku bandingkan harga aku beli makanan di kantin Pejabat aku dan kantin Pejabat sebelah.
Kantin pejabat aku ni dah berapa kali bertukar orang dan kini dapat semula kepada pengusaha kantin baru yg juga sebenarnya pengusaha lama.
Jumaat lepas aku rasa lapo dan lepas solat jumaat terus ke kantin pejabat aku dengan berbekal RM5 dengan harapan kot lehla oder makan sekali dengan air sirap ke..haus ni,,,
Makanan diambil :
nasi putih
ikan keli masak merah
kentang goreng berlada ada dlm 4 ketul
Kuah2 lauk lain
Habis jimat dah lauk tu kiranya sebab harap dpt top up utk air sirap. Aku pun hulurla kt makcik kantin tu sebelum makan. Dia kabo semuanya RM 5 sebab ada kentang..erk!..aku tergamam dan hancur harapan nak merasa sirap.
Geram punye pasal aku balun tisu dia byk sikit...huhuhu..
Hari ni aku pi pulak kantin kebiasaan aku kt kantin pejabat sebelah ni.
Makanan diambil :
nasi putih
ikan keli masak merah
tempe goreng + ikan bilis
sayur pucuk paku lemak
kuah2 lauk
Air sirap
Aku hulur kt akak kantin tu. Semuanya RM5. Dalam hatiku...Ya Allah lauk banyak dan aku tak jangka langsung harganya RM5 je pasal aku dah standby RM10 dlm dompet ni.
Bezanya dua jenis pengusaha kantin yang aku dah bandingkan sekian lama dan finally aku rasanya tak pergi dah ke kantin pejabat aku...baik makan kat kantin sebelah dengan hati yang aman dan berterima kasih.
Moga pengusaha kantin pejabat sebelah beroleh rezeki yang murah dan Moga pengusaha kantin pejabat aku diberi petunjuk atas kesilapannya.
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
0 comments:
Catat Ulasan