Hari Malaysia, misi mencari ilmu dunia dan akhirat
So hari isnin lepas sempena cuti Hari Malaysia, kami ronda bando kuantan kejap lepas balik kenduri di Astana Permai..
Pergi tengok Pameran MATTA kejap kat Kuantan Parade kot ada terminat dengan pakej promosi cuti-cuti..jengok kejap je berenti lama kat booth citer pasei join kad ahli cuti2 dengan bayor puluh ribu, pastu dapat tido 7 hari kat mana2 hotel yang dalam senarai dia...hahaha...idakleh aku ngabih duit. Orang kayer boleh la tonyoh duit jadi ahli...hasrat nak juga merasa cuti2 oversea pakej muslim..kebanyakannya kalau ke sebelah negara mata sepet tu average dalam RM3000 ke RM4000 seorang untuk 5 hari 4 malam...Jadi kene survey sendiri je la...
Bosan dah tgk matta fair, kami gi jengok ke Kedai Buku Popular terbesor kat Pahang katanye kat Mega Mall..Sebelum ni banyok juga dah beli buku kat kedai popolor ni...aritu pegi cari buku2 ilmiah sikit dan terus jadi ahli. Senang lepas ni dapat harga muroh sikit.
Ada la dalam 4 buku kami rembat. Memang target pegi situ nak cari koleksi buku Prof Kamil. Terkesan tulisannya sejak pertama kali baca buku Travelog Haji sebelum pergi umrah baru ni. Alhamdulillah setakat ni semua koleksi tulisannya ada dikumpulkan. Cumanye belum sempat baca semuanye je lagi.
Anekdot Madinah - Pengalaman Prof Kamil menjadi pensyarah di Universiti Madinah
Ilmu Kehidupan - Koleksi tulisan Prof Kamil, Isteri dan rakan2 berkenaan ilmu berdasar pengalaman
Hackers - Ilmu keselamatan ICT terkini yang perlu dikemaskini
Open Source - Panduan dan tips penggunaan perisian Linux terkini
Sambil tu terjumpe juge buku menarik pasei LInux dan Hackers...hahaha tu bidang aku minat..Menarik sebab buku tu import dan isinya banyak membantu aku nak perbaiki nota Kursus Keselamatan ICT aku nanti.
Harap-harap semua buku ni dapat katam tahun ni...insyaAllah..
~ AmeeRsHaH ~ Be a creator, not a user. Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
0 comments:
Catat Ulasan