Searching...
16 September, 2013

Aktiviti Cuti Hujung Minggu Ini



Alhamdulillah,
Untuk cuti 3 hari hujung minggu ni kami menerima jemputan kenduri kahwin dari sahabat handai.

Jimat makan tengahari untuk 3 hari takyah beli lauk. hehehe...

Hari ahad kena pegi 2 kenduri. Satu kenduri kahwin dan 1 kenduri aqiqah. Malamnya pula ada jemputan kenduri juga. Tahniah buat rakan sejawat di Pejabat SUK Pahang yang dah mengakhiri zaman bujangnya.

Hari ni makan kenduri di area perumahan Astana Permai, IM Kuantan. Area rumah tu mengimbau kenangan kawasan perumahan pertama yang kami survey untuk beli rumah pada tahun 2009. Tahun kena beli rumah! Bila pusing-pusing area tu tengok hampir semua rumah dibuat renovation...fuhh!! rumah masa tu 240k ++ dan buat renovation lagi mau habis dekat 300k agaknye.

Namun bersyukur juga dapat rumah area sungai karang darat tu. Duk area kampung sikit. Takde rasa kaya sangat duduk kawasan perumahan ada guard jaga keluar masuk ni. Al maklum area dekat dengan bukit istana jadi kena juga jaga standard kawalan keselamatan yang setara,

Hujung minggu ni penuh dengan jemputan dan mengingatkan aku pada ucapan ayah penganting di salah satu kenduri tu, iaitu umat Islam dituntut untuk menghadiri jemputan kenduri.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Jadi janganlah merungut kalau kena pergi jemputan kenduri ni. Pergilah...nanti time kita jemput mereka pulak kalau tak datang berase ati kite kan..


~ AmeeRsHaH ~ Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!