Searching...
25 November, 2008
Selasa, November 25, 2008

Jangan bangga diri dengan kepandaian kita

Macam panas je topik aku kali ni.
Sebenarnya manusia ni ada bermacam perangai. ALLAH jadikan manusia ni pelbagai perangai untuk memberi ujian juga pada kita.
Kita kenalah ingat yang kita hidup di dunia ni juga bermasyarakat. Jadi setiap kata-kata dan perlakuan kita perlulah menjaga hati masyarakat sekeliling kita juga.

Jika kita pandai, janganlah kita berlagak sombong kerananya. Gunakanlah kepandaian kita tu untuk disampaikan kepada orang lain. Berkat ilmu kita dan dapat keberkatan ALLAH juga.


Jika kita rasa kita pandai sikit, janganlah kita terlalu membanggakan diri dengan kepandaian sedikit kita itu, ingatlah juga ada orang lain yang lebih pandai daripada kita. Pastinya akan memalukan diri sendiri juga di depan orang yang lebih pandai dari kita.

Jadi kesimpulannya, ilmu yang kita perolehi tu semua datangnya dari ALLAH. ALLAH tak beri kita ilmu maka takde la kita pandai berkata pun.

renung-renungkan...


~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

2 comments:

  1. Salam,
    Ilmu pun ada 2 jenis..ilmu baik dan ilmu yang tak berapa baik. Ilmu yang baik eloklah di sampaikan manakala ilmu yang tak berapa baik eloklah di jadikan sempadan. Tapi ada juga kengkawan yang cuba sampaikan ilmu yang tak berapa baik ni dengan mengajar kengkawan yang lain.

    Masalahnya ilmu yang tak berapa baik nilah yang selalunya favourite untuk di jadikan ikutan... masalah jugak tu.

    Jadi kena waspada jugak dengan ilmu yang diterima.

    BalasPadam
  2. betul tu, ilmu yang tak baik tu la yang selalunya disukai berbanding yang baik. Nature manusia perlu sentiasa diingatkan perkara kebaikan sepanjang masa kalau tidak akan lalailah hidupnya...

    BalasPadam

 
Back to top!