Selamat Hari Raya Aidil Adha
Dikesempatan ini aku nak mengucapkan kepada sesiapa yang membaca blogku ini Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha pada 8 Disember 2008 ni.
Sesiapa yang mengerjakan haji moga akan mendapat haji mabrur serta moga selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.
Bagi yang membuat korban di hari raya ini, alhamdulillah dan moga mendapat keberkatan.
Tahun ni aku berhari raya di kampung isteriku di Kuala Terengganu. Jadi kira first time aku berhari raya bukan di Temerloh. Aku biasa je sebab dah biasa hidup berdikari sejak sekolah menengah lagi..hehe..
Tahun ni banjir menjadi pulak kat Terengganu. Kat jalan depan masuk ke rumah kampung di Terengganu tu naik air bebaru ni. Harap-harap balik nanti semuanya kembali normal.
Anak akak isteriku pula dapat posting kerja di Kementerian Kesihatan di Melaka. Kena lapor diri rabu depan. Jadi kiranya hari kedua raya dah bergerak ke Putrajaya/Melaka nak hantar mereka. Moga berjaya dalam kerja yek anak sedaraku zila...
Ingatlah semua, berhati semasa memandu, jalan licin ni musim hujan. Jangan pecut sangat. Ingat orang tersayang. Selain tu jadikan tema hari raya korban ni dengan sentiasa mengingati saudara islam kita yang susah, salinglah kit membantu sesama kita dan pula bermusuhan sehingga perpecahan umat Islam.
Moga Malaysia akan sentiasa aman...amin.
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
0 comments:
Catat Ulasan