Searching...
17 November, 2008

Malam Minggu di Kuantan

Bebaru ni pada 16 Nov 2008 yang lepas aku dan isteriku ajak sepupu isteriku abg zali paka sekeluarga gi makan ikan bakar kat tanjung lumpur kat gerai ana ikan bakar petai. Sesambil mereka datang singgah ke rumah di kuantan selepas balik dari hantar anaknya ain ke kem ibadah kat temerloh.

Aku pun tak pernah seniri-seniri pi makan kat sana. Pernah sampai sana tapi orang lain order. Huhu...Kire senang citer bile makan free tu kira tak perlu nak tau apa orang order le, belasah makan je. Rezeki depan mata. Malam tu kami order ikan bakar petai, ikan masak stim, sotong celup tepung, tomyam dan nasi putih. Kire se'eh le makan. Abang zali 4 beranak makan camput aku dan isteriku. Kenyang dan puas hati la...

Lepas tu mereka terus balik ke paka malam tu. Ajak tido dulu kat umah tapi abang zali kata keje esoknya jadi nak berehat kat umah. hehhe...masa tu lebih kurang jam 10.30 mlm.

Aishah ajak aku gi jenjalan dulu kat kuantan ni. Aiyakkkk aku ni jarang-jarang kuor malam, tak tau sangat port yang ok. Sekali tu kami sependapat jom kita pi ke Teluk Chempedak. Jenjalan kat tepi pantai memalam.

Sesampai je kat sana, humang aih bapok le rameinya orang kat sana. Ada remaja, ada yang tua dan ada mak ayah yang bawak anak-anak sekeluarga sampai baby pun sampai ke lewat malam duk sana. Boleh katakan tepi pantai memalam tu bersepah le remaja-remaja dan couple duk bertenet kat situ. Kami pun jenjalan kat laluan batu tepi pantai tu. Ada orang berjual kat tepi jalan tu. Jual cenderahati, jual sand in a bottle, tapi class ah mamat tu boleh tulis ayat dalam botol tu guna pasir...pergh...kreatif la. Ada juga orang melukis potret. Sesapa nak dilukis tu silalah duk kat situ atau hantar gambor.

Selain tu kat tepi pantai tu juga ada la sekumpulan remaja cina ni duk kat area branda tepi pantai tu menari breakdance kat situ. Ramei le yang datang berkerumun kat situ. Lagi bangga la diaorang tu. Tapi tarian mereka 'Quite OK', 'Not Bad'.

Lepas tu kami lepak kat tepi pantai tu, ada beting sikit duk situ. Lepak jap sampai kui 12.15mlm gitu, ada lak sekumpulan remaja ni yang bercouple-couple duk sebelah...aiseh kacau pemandangan tui. Duk bergolek dan bergesel kat depan mata kami.huhu...kesian kat diaorang ni. Hanya dapat kutuk dalam hati je. Iman tak sekuat untuk menegur mulut dan menegur tangan.

Kami pun rasa macam lapo. Pi beli ais krim sundae McD. Makan kejap pastu tengok ada plak sekumpulan mamat-mamat basikal ni buat pameran basikal mereka yang dah di modified macam ala-ala harley davidson pun ada. Mereka wat sewa bawak basikal tu round-round kat situ rasanya RM3 setengah jam. Siap bagi brosure untuk sesapa yang nak modified basikal jadik gitu. Tapi kira salute gak la dengan kekreatifan mamat tu modified basikal tu. Ada yang cun ada yang macam ala-ala citer motor berapi tu pun ada...hahahha...

Habis ais krim kami, mata pun dah penat...kami pun ablik ke rumah. Kire kami duk situ sambil merehatkan badan sambil kasik makanan turun elok kat perut...hehhe...


~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!