Searching...
17 Mac, 2009

Pilihanraya K Terengganu P036

Gambar ni aku ambil pada 17 Januari 2009 yang lepas semasa aku balik ke terengganu sebab isteri mengundi untuk pilihanraya parlimen K Terengganu.

Kita sedia maklum pilihanraya 3 penjuru ni BN lawan PAS lawan BEBAS telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti yang agak besar.

Mungkin penerimaan rakyat terhadap BN semakin lemah?..tepuk dada tanya rakyat...

Kalau dilihat semasa pilihanraya tu memang havoc dengan polisnya siap berkhemah di setiap kawasan panas. Sian polis tu duk lepak tkde keje ngat. Dilaporkan hampir 1500 polis di setiap DUN. Wow! sure banyak belanja tu.

Sebulan sebelum pilihanraya segerombolan angkatan barisan parti masing-masing dah mula turun bersama pelbagai projek yang dijanjikan dan begitu juga pelbagai majlis penyerahan diadakan untuk memancing pengundi.

Aku dapat lihat semasa proses tarik pengundi tu memang kebanyakan peraih undi PAS lebih banyak orang tempatan dari luar.

Manakala peraih undi BN pula kebanyakannya orang luar belaka hasil dari pendengaran slang bahasa mereka gunakan memang orang luar.

Boleh katakan sepanjang tempat mengundi tu memang havoc poster bergantungan dan bertempelan di merata tempat. selain pelbagai merchandise dijual untuk mereka yang nak membeli.


Walau apapun keputusannya ianya adalah demokrasi dan dilaksanakan secara adil. Keputusan yang diumumkan adalah menunjukkan keputusan pilihan rakyat jelata K Terengganu.

Tapi masa malam-malam sebelum mengundi tu Terengganu jadi riuh dan penjual serta peniaga memang laris menjual. Dan tak lupa juga bebarang biasa harga murah semuanya jadik mahal.




~
Jadik bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi tu daftarlah...anda wajib memilih pemimpin anda.

AmeeRsHaH ~

Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!