Searching...
19 Mac, 2009
Khamis, Mac 19, 2009

Kejohanan Boling Tertutup Midvalley

Semalam, diadakan kejohanan tertutup boling penginap bilik 716 dan 1011 Hotel Crystal Crown, PJ. Kejohanan diadakan di Midvalley Megamall pada jam 6 ptg. Perlawanan boling tersebut diadakan sebanyak 2 frame. Para peserta kejohanan adalah aku sendiri, bob, abu dan zuhaifu.

Kejohanan ni dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu aku dan bob dan kumpulan abu dan zuhaifu (geng jtk).

Perlawanan bermula dengan pelbagai gaya tersendiri. Kire gaya balingan pun nampak macam pro dengan kaki bersilang. Tapi terbuktikah kehandalannya sekadar kaki bersilang?...

Pelbagai gaya yang dapat dipamerkan peserta semasa kejohanan berlangsung. Ada gaya shalin kaki silang, ada gaya terbang gaya bebas dan ada gaya terkaman harimau.

Frame pertama telah berlangsung dengan penuh tenang kerana masing-masing ambil langkah berhati-hati. Kumpulan aku dan bob kira main secara biasa. Kumpulan abu dan haifu nampak seolah berbincang strategi dan abu menunjukkan kaedah balingna kepada haifu dengan penuh riaknya...Aku kurang menyerlah sikit frame pertama tapi lepas haji. Bob melakukan upset pada frame pertama dengan menjuarai frame 1 dengan 135 jatuhan pin, diikuti zuhaifu 120 jatuhan pin, aku dengan 111 jatuhan pin dan tercorot abu dengan 95 jatuhan pin...Bob pun dapat 3 straight strike tu.

APA!!!!! 95....TAK NAIK HAJI TU KAN!!!!

Jika dikira sebagai group, group aku+bob = 246, manakala group abu+haifu = 215. Berakhir frame 1 dengan kekalahan teruk group abu.

Seterusnya di sambung pula kepada frame 2. Abu nampak bersemangat untuk mengalahkan bob, targetnya..

Bob masuk frame 2 dah pancit sebab tadi dah all out. Masa frame kedua ni permulaan nampaknya sengit dan hambar. Semuanya takde spare dan strike. Kemudian hafiu tunjuk taring tersembunyinya. 3 strike berturut dibalingnya. Abu....... masih sama...

Bob dah pancit...perlawanan berakhir dengan haifu 150 jatuhan pin, aku 130 jatuhan pin, abu 101 jatuhan pin (nasib naik haji) dan bob 67 jatuhan pin.

Jika dikira secara groupnya, group aku+bob = 197 utk frame 2 dan group abu+haifu = 251. So secara keseluruhan 2 frame kami main. Group aku mendapat 443 jatuhan pin dan group abu+haifu mendapat 466 jatuhan pin. Nampak gayanya group abu menang kerana bantuan haifu yang cemerlang.

Al kisah sape yang kalah kenala belaja makan malam tu. Jadi bob merelakan dirinya membelanjakan makan malam makan di kedai nasi kandar penang kat PJ. Masing-masing nampak memang lapor giler siap seme oda nasi tambah belaka.

Balik ke hotel kami terlentang dibuai kebolingan di mid valley...


<- Gaya selamba mengalahkan abu di frame 1










~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!