Malam tadi aku bersama isteri keluar ke Giant mencari barang keperluan rumah. Lama ta bershopping. Mau seratus lebih gak banje..huhuhu..Tu sebab campur beli barang hadiah kahwin tu.
So malam tadi kami bershopping dari jam 9.30 mlm sehingga jam 10.45mlm. Masa sampai sana tu kena lak tiup dek angin air con dalam tu sayup je mata ni memandang...tapi kuatkan semangat gak..tengah2 shopping brohhh!!! hujan lebat..aiyak lagi syok dapat tido ni.
Selesai bershopping perut terasa lapor. Kami singgah di Jelita Cafe kat jalan ada Public Bank tu. Tujuannya nak makan dan aku nak bayar loan keter aku, keter viva dan kad kredit.. Alhamdulillah malam ni clear kat mesin ATM. Masuk je terus ke mesin dan buat bayaran. Setel...bil2 rumah aku dah setelkan bayar guna maybank2u..mudah dan yakin..
So lepak kat Jelita Cafe tu makan2+minum sikit..oder nasi goreng ala thai tapi rupa macam nasi goreng kicap+ada daging ayam je...tak pueh ati tui hasilnya berbanding dengan harganya RM5...tapi syukur ada rezeki. Cuma aku ingatkan ada la rasa2 tomyam kot sebab ala thai...rasa mcm nasi goreng kicap je..huhu..Wife lak oder mee goreng mamak..RM4.50. Tapi memang betul mee goreng mamak kedai melayu dengan mee goreng mamak kedai mamak pure jauh beza. Hasilnya macam mee goreng biasa je..tapi alhamdulillah syukur.
Aku cuma nak komen kedai jelita ni rasanya harga makanan tu tak perlulah agak eksklusif sebegitu. Jika taraf harga standard macam kedai biasa pun ok. Setakat perabot kayu je aku rasa skang ni kedai2 makan biasa pun dah ke arah tu. Tengok je kat area IM di secret recipe dan area Shahputra. Ada kedai dengan perabot yang cantik tapi harganya amat berpatutan.
Mungkin lain tokey lain strateginya..aku balik ke rumah jam 12 mlm dengan rasa flat dan aku sempat menulis artikel ni sebelum aku ketidoran keletihan berjalan + main badminton petang tadi...zzzzz....
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
29 Julai, 2009
Related Posts
Syurga tudung perempuan di Terengganu
Lokasinya terletak di stesen bas henti-henti Kuala Terengganu yang memang menjadi tumpuan orang ramai terutama wanita b...Makan Malam Bersama Chef Muzzo
Malam ni aku memasak..my wife duk rehat yek tengok Top Chef yang every monday to friday kami dok layan sebab dia datang...Nasi Beriayani Gam Putrajaya
Aku rasa kalau sesapa yang selalu ke putrajaya tu pasti perasan banner besar sebelah UNITEN Nasi Beriyani Gam Putrajaya...Kejohanan Boling Tertutup Midvalley
Semalam, diadakan kejohanan tertutup boling penginap bilik 716 dan 1011 Hotel Crystal Crown, PJ. Kejohanan diadakan di...Durian dan Tempoyak
Kali ni aku nak citer sikit tentang durian dan tempoyak ni almaklum skang ni musim durian the king of fruit.Pendapat ak...Nasi Ayam di IM14
Pada 28 Mac 2009 yang lepas aku dan isteriku bersitirehat di rumah. Sambil-sambil rehat-rehat kat rumah dan juga kemas-...Hari Ahad Yang Santai
Hari Ahad lepas, lepas kenduri kat rumoh ayoh wei aritu. Aku dan wife plan nak lepak2 kat rumah je. Wife aku tanya nak ...Tribute to Tompok
Artikel ni aku tujukan khas buat si tompok yang aku beri nama sebab dia bertompok. Kucing ni kucing betina. Melahirkan...Cuti selepas raya cina
Hari ni aku masih bercuti. Saja nak rehat2 dan uruskan beberapa urusan sendiri. Tengahari tadi keluar pi gunting ramb...Trip ke Sekayu Terengganu
Pada cuti 9 mac 2009 yang lepas masa tu kami balik kampung ke terengganu. Hari isnin tu kira cuti apa ntah aku tak in...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan