Searching...
14 September, 2012
Jumaat, September 14, 2012

Revolusi Handphone yang aku pakai

Sekali dah ada mood menulis ni banyak lak aku nak ceritanya..hehehe. Kali ni aku nak cerita revolusi handphone yang pernah aku pakai dari paling mula sehinggalah ke hari ini.

Mula-mula aku pakai handphone ni pun bukan sebab aku nak pakai. Abg aku abang lan sponsor handphone dia tanak pakai kat aku. Masa tu masih belajar kat UNITEN, bila dapat handphone dah sonok gile dah. Handphone pertama aku adalah Nokia Banana orang panggil. Kalau tak ingat lagi handphone The Matrix pertama pakai tu..ahaks!..giler canggih kan. Tapi kelakonya tiap kali pi kuliah, gombol je dalam kocek suor aku pisang dalam poket..ehehee.memang agak besar sikit la..tapi cool..macam keenu reeves..
Nokia banana 8810

Lepas tu aku tukar, handphone tu aku tolak dapat baper ntah, RM50 kot..rugi tak simpan wat sejarah. So aku tukar lak guna nokia 3310. Handphone ni aku guna masa time belajar kat UNITEN juga. Guna duit elaun MARA nak membeli handphone tu. Harga rasanya RM300++ rasanya...handphone ni paling lama gak aku pakai..seinggat aku masa tu musim suke tukar warna lampu handphone..default warna kuning..jadi ada tukar warna putih la, warna biru la..aku tukar warna biru. Then aku juga ada beli add-ons boleh masuk 2 sim card..tapi kena restart baru boleh tukar ke sim card lain..ehheee..kira canggih dah tu..Handphone ni aku boleh kalahkan sesapa je nak lawan taip SMS laju. Masa tu musim speed text dari MAXIS. Dapat gak la topup hotlink free masa tu..
Nokia 3310

Last2 aku tukar jugek handphone tu. Masa tu handphone skrin warna dah jadi trend. So aku tanak le mundur sangat. Jadi aku beli handphone Nokia 6610i. Handphone pertama aku ada kamera dan skrin warna. Bangga dah masa tu..hinss2!!!..handphone baru tu leh la aku amik gambor dengan 1.2MPixel resolution. Ok la cuma masalahnya data kabel masa tu memang mahal gilerr...so bluetooth masa dah ada la dah..banyak gak game best aku download dalam tu..handphone ni leh tukar2 housing..memang jadi kegilaan la masa tu asyik tukar2 je..handphone tu aku tak juai...ada lagi dalam simpanan.kot2 ada sesapa nak pakai...ehhee nak ke?
Nokia 6610i

Lepas tu aku pakai lak handphone HP IPAQ. Tak sangka aku leh pakai handphone touch screen ni. Kira handphone terawal ada touch screen. Handphone tu memang selalu hang, tapi cukup bergaya sekejap sebab masa tu jarang2 orang pakai handphone macam tu. First time aku bertukar dari nokia..
HP Ipaq

Aku tolak handphone tu dan beli handphone Sony Ericsson. Dalam banyak2 handphone, aku rasa handphone ni paling lama aku guna dan paling best. Sound memang sedap tau la sony kan..Ada kamera 1.3Mpixel...jadilah. Ada 3G lagi leh surf internet dan MMS. Leh update blog dari HP. Saiz dia memang kecik. So antara handphone 3G paling murah dan paling kecik masa tu..aku memang suke giler handphone tu. Walau jatuh puluh kali pun takde heinya..elok lagi. Cuma akhir2 hayatnya bateri wat masalah start dari handphone tu jatuh masuk air..bateri asal jadi kong. Tukar bateri lain, puas cari yang original kat kuantan ni takde orang jual..
SE K618i

So dalam terpaksa aku pun tolak handphone tu dan beli handphone Nokia. Kembali rujuk kat nokia semula setelah sekian lama tak pakai. Aku beli HP Nokia 5800 XPressMusic. Touch Screen. Tak nipis sangat tapi cool macam ala2 IPhone la..kamera 3MPixel jenis Carl Zeiss. So far aku suke handphone baru aku ni..walau ada sesetengah function aku lagi suke HP Sony Ericcsson. Kini aku kembali pada Nokia, akan datang tak tau la lagi HP apa lak aku pakai...yang pasti jenis QWERTY mungkin aku tak pakai..tak minat dan susah nak taip sebab jari besau...ahaks!
Nokia 5800 XpressMusic


Tengah tahun 2012 ni aku nekad nak tukar smartphone pulak..semua dok citer android la, iphone la..semua aku suke..cuma aku nak cari insan terpilih je yg susah..So ada sekali tu pergi kat Mines, aku nekad ngan wife nak tukar HP baru..Sebelum tu aku dah standby buang gambor semua dan reset macam default dah. CUma apps dah install aku biarkan je...Aku jadi nekad pun sebab HP tu slow teramat..tapi bila reset ala2 default tu jadik laju pulak..Cuba nak pujuk aku la tew!..Arghh aku tk layan...hehehe..Kembali kt mines tadi..

So aku gi dari satu kedai ke satu kedai...tanya tolak HP aku bape dapat sambil tanya HP Android jenis HTC One X, Sony, Samsung of course...masa tu tengah hangat Samsung Galaxy S3...semua kedai aku rasa..ehhee...aku test dari main games, buka browser akses internet...dan amik gambor...serta smoothness bila swipe..Oh lupe, HP aku tu aku tanya ada kedai amik RM50 (awal2 aku reject!), ada amik RM100, ada amik RM150 dan last sekali kedai tu amik RM200...terus aku tolak ke dia dan cari HP android kat situ.

Kedai sebelum ni ada citer, Samsung Galaxy Nexus first ever Google phone support yang guna ICS 4.0 memang stabil. Lagipun fully tested dan supported by Google pencipta Android...aku dah berangan dan lupe dah ke Galaxy S3...hehe..So amik keputusan angkat Galaxy Nexus..My Wife angkat Sony XPERIA Pro..
Itulah jodoh HP kami sehingga kini..Transfer data semua aku buat seniri...





~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!