Searching...
03 Julai, 2009
Jumaat, Julai 03, 2009

Durian dan Tempoyak

Kali ni aku nak citer sikit tentang durian dan tempoyak ni almaklum skang ni musim durian the king of fruit.

Pendapat aku durian ni digelar raja buah kerana kulitnya yang berduri umpama mahkota, baunya yang terhidu sepelusuk genap ruang pasti dikenali, kehadirannya sentiasa memeriahkan suasana pasar malam sebab kedatangannya pasti membawa untung..
Bebaru ni aku balik kampung kat temerloh. Sepanjang jalan lama kuantan temerloh tu pasti ada orang menjual durian ni tak kira yang jual dari lori sehingga jual durian dari dusun terus. Aboh juga ada cerite cara-cara nak buat tempoyak ni.
Dia juga ada cerita yang ada orang menjual tempoyak tipu, yang mana tempoyak ni dicampur dengan pisang. Pisang kan masam jadi kita pun takkan perasan. Dengan ni jumlahnya pasti akan jadi banyak..so beware jangan terbeli tempoyak pisang lak...ahaks.
Cara-cara nak buat tempoyak ni memula sekali :

1) Ambil isi durian yang biasanya dari durian yang rejek-rejek. Tapi jangan yang buruk sangat sebab nanti tak sedap.
2) Isi tu kupilkan dari bijinya gunakan sudu atau tangan disalut plastik agar nanti isi tu tak basi.
3) Masukkan ke dalam balang cokelat kedai runcit tu.
4) Sengetkan bekas tu untuk 2-3 malam agar air buah dapat dikeluarkan. Esoknya pasti akan ada air bertakung.
5) Buangkan air tu sehingga kering.
6) Pabila dah diyakini kering maka masukkan garam secukup rasa, gaulkan dan balang tu pastikan ditutup ketat.
7) Letak je dalam peti ais. Mau makan setahun tempoyak tu leh makan.

Dan buat pertama kalinya aku membeli durian sendiri di pasar malam IM2 tadi. Beli 2 biji je durian gred D apa ntah banyak ngat. Memang isi kuning dan tebal la..puas hati. Tapi aku makan sorang je sebab aishah tak makan..ehehehe..dia makan tempoyak yang dimasukkan dalam lauk je macam ikan patin tempoyak tu je..Kenyang seeh gak aku dibuatnya...

So durian ni banyak masakan boleh dibuat daripadanya selain dari sekadar makan dan jadikan sambal tempoyak. Kalau di terengganu mereka makan tempoyak ni dengan budu. Ada sekali tu kopek isi durian dan colek je terus dengan budu...tergamam sekejap aku dibuatnya sebab di temerloh sambal tempoyak tu dibuat dengan mencampurkan tempoyak bersama sedikit garam dan cili padi. Tapi boleh tahan gak rasanya bile dibuat gitu. Lepas aku cerita pada kak iparku yg kat temerloh lain caranya. Dia pun buat juga dan dia pun pelik...ehehehe...dua negeri berlainan cara makannya.

Tempoyak dari durian ni juga boleh dibuat pelbagai jenis masakan :

1) Patin Masak Tempoyak (aishah dah expert dah masak ni..belajo dari aboh)
2) Pucuk Ubi Masak Tempoyak Petai (masukkan juga terung pipit)
3) Sambak Goreng Tempoyak (Goreng bersama ikan bilis)
4) Patin Masak Tempoyak Pes (Macik lolong juai kat wisma sri pahang)

Harap artikel aku ni mampu memberi pandua pada sesapa yang sukekan tempoyak dan durian.

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!