Searching...
04 Julai, 2009

Nasi Beriayani Gam Putrajaya


Aku rasa kalau sesapa yang selalu ke putrajaya tu pasti perasan banner besar sebelah UNITEN Nasi Beriyani Gam Putrajaya yang cukup terkenal. Aku sebenarnya lama dah nak makan kat sana tapi tak berkesempatan. Jadi pada 30 april yang lepas aku sempat ke sana bersama dengan isteriku dan adik iparku.

Kami memula masuk tu diketahui tempatnya memang kira eksklusif gak la dan berbaloi la yang makan situ. Harganya memang mahal sikit dari biasa. Tak taula aku gam apa di letaknya...ehehehe..

So sesampainya kami di sana kami disambut paluan band tak dikenali menyampaikan lagu-lagu popular zaman 80 an. Kira ok gak la persembahan mereka. Tapi persembaha kedai makan ni amat mendukacitakan aku. Gerainya buat di tepi jalan masuk kecik, ada atap, takde kipas, panas giler dan servisnya tak lah semewah dijangka. Dalam hati tu sadis gak apa yang aku impikan sebenarnya gini je tempatnya..tempat ni berdekatan dengan kuil budha. Dah la tu laluan masuk tu sempit dan nak parking punye la susah. Dari segi kebersihan juga amat mendukacitakan.

Tak tau la aku mungkin tengah renovate kot..tapi sepatutnya dia kena kawal mutu persembahan kedai untuk pelanggan. customers always right kan...ehehhee.. tapi nyatanya dari segi makannya memang sedap la..aku makan nasi beriani gam yang banyak giless...alhamdulillah sebab lapo sangat jadi memang licin kami makan...

Aku balik dengan senyum sebab dapat juga merasa menu nasi beriyani gam putrajaya ni tapi jauh dalam hati, kecewa dengan keadaan kedai dan suasanya yang tidak memuaskan. Hopefully restoren ni akan improve pada masa akan datang..Untuk aku datang lagi??...ermm..takde la kot...baik aku makan nasi ayam kampung kat taman warisan lagik puas hati...ehehehe..

Jangan marah ye komen aku ni bagi peminat nasi beriyani gam putrajaya.

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!