Pada 6 Disember 2008 lepas, aku bersama isteriku pulang ke Tmn Bukit Depu, K Terengganu dengan menaiki viva kami. Kami bertolak dalam pukul 5.30ptg dari rumah di Kuantan. Hari tu sepanjang hari mendung saje dan sepanjang perjalanan juga ada sesetengah tempat hujan renyai-renyai. Kali ni aku akan ceritakan perjalanan kami dari Kuantan ke Kuala Terengganu sepanjang hampir 230km perjalanan yang telah memakan masa selama 6 jam lamanya berbanding keadaan biasa selama 3 jam sahaja.
Pada masa sama, adik iparku fati dan iro pun on the way balik ke KT dari Putrajaya. Semasa kami baru bergerak dari Kuantan, mereka kata di Kemaman jem teruk kat bandar.huhu...ada bau-bau kesesakan jalanraya dah ni...Almaklumlah selama ni kalau aku balik ke Temerloh masa cuti raya biasanya takkan hadapi keadaan jem ni sebab yang jemnya cuma dari KL ke kuantan, kalau dari Kuantan ke atas biasanya jalan clear.
[ 5:30 ptg ]
So kami pun bergerak ikut jalan biasa dan sesampai je dekat Impiana kereta dah mula berjujukan, geraknya perlahan.
Adoihhh takkan dah mula kat sini dah jem ni...parah di buatnya. Tapi alhamdulillah lepas dari Legend je jalan clear,entahlah mungkin sebab kereta banyak sangat kot atas jalan pastu ada kenderaan berat.
So lepas je simpang INTIM tetiba trafik menjadi perlahan semula, perlahan dan lagi, dan lagi, dan lagiiii....panjangnya tu sampailah ke trafik light bukit kuang..humang aih mujur bawak viva pakai keter auto takdelah lengoh sangat kaki kiri aku ni. huhu...
[ 7:15 mlm ]
Bile lepas je dari simpang bukit kuang tu aku pun terus je pi ke kedai makan kat sebelah kanan tu kedai apa ntah namanya...lupe dah aku..hehe..kami makan kat situ al maklum lapor doh perut ni dari tengahr tak makan. Kire makan malam terusla kat situ. Aku tengok kedai tu ramai gak orang datang makan. Agak-agak jam 7.15ptg sampai situ. Order nasi goreng USA + Nasi Goreng Kampung, lauk sotong celup tepung, telur bistik dan air epal + air teh o panas. Aku rasa macam order dalam 5-10 minit je seme yang diorder sampai. Wow!!!! first time aku rasa cepat dan sepantas turas...bagusla kedai tu. Kat kedai tu juga ada bilik solat sekali. Jadi aku pun solat jama' magrib+isya' sekali kat situ. Alhamdulillah perut dah kenyang dan solat pun dah selesai. Kami teruskan perjalanan ke KT.
[ 8:00 mlm ]
Keluar je dari situ jalan seme ok, cuma banyak kereta je la atas jalan. Dalam jam 8mlm kami teruskan perjalanan. Sesampai je kire dekat-dekat dengan Paka, terdapat berita terkini dari kereta MyVi Iro menyatakan jem di Paka. Jadi kami pun dah bersedia dengan keadaan tu. So bile sampai je dekat ngan bandar Paka memang betuila jalan tersumbat...adoihh..Ni sure sebab jalan,berlopak air kat bandar ni jadi keter gerak slow dan juga daripada dua lorong di bandar nak masuk ke jalan satu lorong. Jadi kami pun kira guna kaedah redah aje malam tu ikut jalan kampung dalam tu dan tembus ke simpang kat sebelah sekolah. Aku pun main ingat-ingat gitu je jalan tu masa ikut abang zali pi amik daging kenduri aritu. Hasil perjalanan tu kami dapat elak daripada kesesakan lalulintas di bandar tersebut. Lepas keluar dari simpang tu jalan tersumbat sikit nak masuk jambatan tu. So kami pun teruskan gerakan ini menuju KT malam ni.
Lepas dah clear sikit kat situ, kami jumpe pulak jalan tersumbat kat lepas simpang gong pasir lepas bandar dungun pulak..Adoiyaiii....Masa tu aku kira gamble je la sebab biasanya aku ikut jalan gong pasir nak lepasi bandar dungun tu tapi kali ni kami redah aje pi lalu ikut bandar sebab aku tengok banyak keter lalu ikut gong pasir tu. Bile masuk bandar tu jalan clear je rupenye semua lancar...muahahahaha...mujur aku tak ikut gong pasir.
Sampai je lepas simpang gong pasir lepas bandar je aku tengok jem kat depan tu. Huhuhu...parah ni...Tapi idea bernas isteriku ajak ikut jalan pantai lalu jambatan Sg Sura. Kire kami u turn kat trafik light tu dan ikut jalan Sg Sura dan terus lalu ikut Seberang Pintasan. Keluar kat simpang lepas petronas. Dari situ ada polis kawal lalulintas. Rupenye ada eksiden kat simpang tu. Kami keluar dari situ je jalan pun tinggal hujung-hujung je tersumbat...kire selamat le...huhu..
[ 10:00 mlm ]
Jam dah lewat malam ni, minyak ada tinggal 2 bar...huhu kira aku redah aje la dulu..agak-agak dekat dengan Kuala Abang rasanya aku pun isi minyak RM50 aiyakkk lupe la pulak minyak dah turun harga jadi muat isi RM48.55 je. Kire yang lagi selebihnye tu kire burn je ah..huhu.
Kemudian mula lepas dari Kuala Abang jalan straight tu bermula lagi episod jalan tersumbat. Aiyakkk...memula tu kire ikkut lagi laluan asal jalan tu. Tapi bile tengok jalan kiri ada kosong aku telah mengikut kereta lain yang lalu ikut kiri...huhu...terpaksa beb..Tak tahan dah mata dah mengantuk...daaa dekat tengah malam dah. Aku kire follow je la ikut kiri tapi aku tanak duk depan, aku mesti akan ikut keter lain...huhu. Sampailah jalan sebelum jambatan Marang. Lepas dari tu jalan baru dah kira ada sebahagian siap jadi selamatlah perjalanan tersumbat itu..huhu...
[ 11:30 mlm ]
Dalam jam tu aku sampai ke Tmn Bukit Depu. Rupenye masa kat kelulut tu aku dah potong Iro. Diaorang berenti minum kat situ. Dia lagi la lama atas jalan. Dari 10mlm - 12 mlm baru sampai umah. Mau 14 jam atas jalan!!!!
Alhamdulillah yang penting semua selamat sampai ke destinasi. Tapi kena ingat jangan contohi aku yang potong keter ikut kiri sebab nak cepat. Dalam hati aku masa tu jangan le aku kena tahan dek polis..huhu...naye je..
Ok la selasa depan lak aku pulang semula ke Kuantan. Isteriku terus ikut k na sekeluarga dan keter Iro ke Melaka nganto Zila lapor diri kat sana. Aku ikutkan nak sangat join tapi dah ada pemeriksaan ISO oleh SIRIM hari rabu tu...10 Dis 08. Apedaa SIRIM ni spoil the mood daaa... dah le aku tengah tanggung kerja En Haris jadi aku tak leh apply cuti tahunan. Ni pun cuti raya haji kire EL je la...urusan kerja...huhu...
~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya
08 Disember, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hehe... okey ar tu boss, baru 6 jam... saya b`tolak dari kul 1 tgh hari, sampai umah kul 9 mlm... cam balik dari KL... adusss... kebas kaki... kete manual...
BalasPadamhuhu...sian org kelulut...oleh itu, rancanglah perjalanan anda..dan yang penting seme tu kire rezeki memasing duk atas jalan baper lama...hehe...
BalasPadamSalam Mir,
BalasPadamAbg Lan rilek jer dari KL balik Temerloh pagi Sabtu. 2 jam dah sampai tapi Kak Ngah bertolak petang Sabtu sangkut dari Gombak ke Bentong dekat 3 jam... kira nasib la tu.
Selamat AidilAdha.
x sangka pulak masuk kemaman terus jem...begitu sadis sekali perjalanan ku blk rayer thn nie.huhu
BalasPadamno shortcut la
BalasPadamhehe memang tkde shortcut tapi alternatif untuk elak jem berlaku...so leh le cuba yek...
BalasPadam