Searching...
08 Disember, 2008
Isnin, Disember 08, 2008

Moonsun Cup at Terengganu

Bebaru ni masa aku balik beraya kat Terengganu masa tu sedang berlangsung Moonsun Cup Terengganu kat Pulau Duyung dari 5 sampai 7 Disember 2008. Jadi masa aku balik hari sabtu tu kira perlumbaan tengah berlangsung la.
Aku pun memang teringin nak tengok moonsun cup ni jadi kebetulan dekat dengan cuti raya haji jadi dapatlah aku ambil kesempatan tu nak tengok moonsun cup ni.

Kalau ikutkan dari astaka tu siap ada di buat tempat duduk nak tengok kapal layar tu bertanding. Aku duk pikir, yang tengok tu paham ke idok tak tau la pasal cemana kapal layar tu bertanding...hehehe..kira sonok tengok gitu je la kot. Tapi kebetulan tahun ni memang angin kuat sikit kat sana jadi nampak kapal tu belayor dengan cantiknya la.

Hari last ahad 7 Dis 2008 tu aku gi pasar payang. Dari tingkat atas sekali tu dah nampak dah kapal tu belayor. So amik le gambo serba sedikit dari situ.

Aku pi pasar payang aritu pun nak pekena nasi air sup memang best kat sana....tak caya cuba try...



lepas puas pi pusing2 pasar payang tu aku dan isteriku bersama adik ipar dan anak saudaraku bercadang nak ke pulau duyung naik bot penambang..sesambil tu aku pekena cembiasa cendol kt pasar payang..kalau pi sana wajib cari cendul..hehehe...tak tau pasei gitu.

So masa duk cari-cari bot tu ada orang bagi pengumuman ada bot free. Kami tak tau bot tu untuk apa. Ingatkan free ke pulau duyung nu..kami pun naik la..sekali rupenye bot tu untuk sesiapa nak tengok moonsun cup dari jarak dekat dengan kapal layar yang tengah bertanding tu...huhu kire ok la jugek..
Aku pun snap le satu dua gambor...sayang tui aku lupe bawak handycam aku kalau idak sure lagik lawo gambo korang tengok. Tapi ni kira aku amik gambo guna HP Sony Ericson aku yang kecil dan berkuasa ni...hehehe..

So gitulah pengalaman aku tentang moonsun cup ni.

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!