Searching...
18 Disember, 2008

Korban Raya Haji

Masa Raya pertama di Terengganu aku amik bahagian korban kat sana tahun ni. Kira first time aku berkongsi korban ni. Lembu tu bahagi 7 bahagian. Satu bahagian RM350 seorang.

Kira korban lembu tu buat di Pulau Duyung. Ada 5 ekor lembu dikorbankan hari tu. Tapi orang selalu peringat, jangan kesian bila tengok lembu kena sembelih ni kang takleh makan lembu tu..hehehe...

Masa time lembu aku nak disembelih tu, tukang sembelih tu panggil suh aku niat untuk korban lembu tu dengan 7 bahagian kerana ALLAH Ta'ala. Selesai sembelih lembu tu orang kat situ gotong royong membahagi-bahagikan bahagian tu. Alhamdulillah dapatla dalam 7kg seorang tak termasuk tulang temulang la kira yang tu sapa nak amik la.



Syukur alhamdulillah aku dapat menunaikan ibadah korban aku tahun ni. Moga korbanku ini diberkati dan Moga ALLAH memberi keberkatan dan kebahagiaan serta dimurah dan dipermudahkan rezeki pada keluargaku. amin...

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user
Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!