Searching...
07 Februari, 2011

BBQ di Temerloh, Kampung Koi


Hari Jumaat lepas cuti raya cine kedua aku balik ke Temerloh. Abg Lan, K ngah dan Abg Zul balik sekali. Malam tu plan nak buat BBQ. Sekali abg lan call pagi tu dalam kui 10.00pg gitu mintak tolong belikan ikan, udang, ketam...aiyak!!! macamana mau cari ikan cuti2 ni sure tak banyak orang jual ikan fresh. Lagi-lagi musim hujan2 lagi ni. Memandangkan masa dah sontok..aku dan wife gerak dalam kui 11 pg..Kami pergi ke pasar beserah...takde ikan cencaru@jaket. Pi ke tanjung api..takde..banyak ikan selor kuning je..yg kuar dari air beku..pastu pi ke Pasar kat Tg Lumpur...takde gak ikan..last2 pegi ke pasar besar..ada la ikan cencaru..tapi macam dah kurang segar dah..ketam takde..udang pun takde..so beli ikan je la. Pastu k ngah lak mintak tolong beli ayam..aiyak..tadi kat pasar beserah ada nampak. Patah smula ke pasar beserah..dah abis dah..aduhai..last2 pi pasar kat IM 2..ada kedai runcit tu biasa jual ayam..ada la 2 ekor ayam tapi dah siap potong2 kecik dah. Tengok elok lagi. Dari takde langsung. So lepas beli balik solat jumaat. Lepas tu terus balik ke temerloh.Kang lamabat2 kang tak sedap le pulak ikan dan ayam tu. Proses membuang perut ikan buat di temerloh..

Sampai rumah, abg lan dah ada. Udang ada la skit2 dapat. K Ngah beli air gas, air batu, sos cili. Abg Zul beli sosej, jagung dan udang sikit. So kira banyak gak la walau sikit2 kumpul. Abg lan start hidupkan arang..guna starter dan arang care4..senang je rupenye..
Anak sedara dan Abg Lan (Tokey) sedang giat memasak menu BBQ, sotong ada, udang ada, jagung ada..mcm2 ada
Aktiviti buat kat area pangkin rumah..alas BBQ tempat sidai baju lama..ahaks! ralit tikah, muna dan razin makan
Lagi aksi makan-makan..

Malam tu memang makan lauk je semata. Takde buat nasi goreng ke atau mihun goreng ke sebab tau nanti mesti kenyang makan tu je. Hasilnya malam tu memang laku habis semua lauk BBQ..jagung pun licin..pergh lapor sunggoh masing-masing ni,..hehehe..Aboh je makan nasi..orang lain seme makan lauk je..
Makan pagi ramai-ramai seronok la pulak..awet muda makan tk gosok gigi lagi..
Esoknya pagi2 tu kami dah bangun nak gerak ke Kuantan ada kenduri kahwin anak Mok sedara aku kat bkt rangin, Makcik Natrah. Pagi-pagi dah siapkan sarapan, nasi goreng, cekodok dan keropok..fuhh semua laku..masa ni ada tk mandi lagi...standard la..makan ramai2 kat pangkin rumah...syok..Seterusnya aku, wife dan abih+macik pegi dulu nak kejor akad nikah kui 10 pagi. Yang lain gerak lambat skit sebab ada budak2.

~ AmeeRsHaH ~
Be a creator, not a user Istiqomah dalam kerja Nescaya berjaya

0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!